BAB 1

Other Series 6528

Kedinginan pada malam itu mencengkam hingga ke sum-sum tulang membuatkan dia menggigil kesejukan. Awan hitam terus memuntahkan air mata alam yang menyejukkan segenap muka bumi yang panas ini. Fateen dan Nadia berlari-lari menuju ke rumah mereka yang kelihatannya tidak jauh dari jalan besar tersebut.

Tiga inci kasut tumit tinggi yang dipakai tidak membebankan mereka untuk terus melangkah laju, cuba menghindarkan diri dari ratapan langit malam itu.

Sampai di rumah, Fateen dan Nadia terus mengunci tombol pintu kerana takut mendengar bunyi guruh dan kilat yang amat kuat menghentam kota raya yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan manusia-manusia yang bertopengkan sayaitan ini.

Mereka baru sahaja selesai melakukan tugas yang menjadi rutin mereka sejak 5 tahun yang lalu. Ya, menjadi anak ayam di kota metropolitan Kuala Lumpur ini. Mereka sudah biasa dengan kerja seperti ini. Malah dalam satu malam mereka mampu memperolehi duit sebanyak Rm 5000. Lumayan, memang lumayan bagi mereka. Itu tidak dicampur dengan duit yang akan mereka berikan kepada ketua mereka tiap hari. Mereka mampu berseronok dengan duit sebanyak itu.

Mereka sudah lupa dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi kerana disogok dengan kehidupan dunia yang sementara ini.

Seperti biasa Fateen mandi dahulu sebelum tidur manakala Nadia akan terus tidur. Sekitar jam 1 pagi, kedua gadis itu sudah pun diulit mimpi yang indah kerana esok malam, mereka ada tugas seperti biasa yang dilaluinya hari-hari. bunyi kilat di luar sudah tidak kedengaran lagi di pendengaran para penghuni rumah sewa tersebut.

Fateen baru sahaja selesai mandi pagi apabila terdengar ketukan di muka pintu. Dengan hanya memakai baju mandi, dia segera membuka pintu rumah. Kala pintu rumah terbuka, tercongak di hadapannya ialah seorang pemuda kacak. Sungguh kacak. Belum pernah dia melihat wajah seperti wajah di hadapannya ini. Dia terleka seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience