BAB 4

Other Series 6528

”Psst..Pssst…” lelaki itu terhenti lantas menoleh ke arah Fateen. Fateen melambaikan tangannya menyuruhnya datang ke tempatnya. Lelaki itu teragak-agak.

” marilah awak, kita berbual-bual. Tak ada orang kat rumah. Hanya saya.” Lelaki itu masih kaku memandangnya. Fateen mengagak sesuatu lantas dia pun berkata.

” jangan bimbang, orang kuat agama tak akan tangkap kita. Meh lah, perjumpaan kita terbuka. Saya saja nak berbual-bual dengan awak.” Jaminan Fateen membuatkan lelaki itu pergi ke arahnya.

” Assalamualaikum…” sapa lelaki itu setelah sampai di hadapannya. Fateen merasa lidahnya kelu. Kalimat itu lagi….lalu dengan lidah yang berbelit, Fateen cuba menjawabnya. Pemuda kacak itu tersenyum.

” nama saya Nurul Fateen, panggil Fateen dah cukup. Awak?” perkenal Fateen sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pemuda itu namun pemuda itu hanya tersenyum.

” saya dah tahu nama awak. Emm, panggil saja saya Firdaus.” Ujar lelaki itu lagi. Air muka Fateen berubah namun cepat dikawalnya. Macam mana dia boleh kenal aku…bisiknya sendirian.

” oh, Firdaus, awak buat apa kat sini. Belajar ek…”

” tak, saya ada tugas penting. Penting…sangat penting….”

” tugas penting? Tugas apa yang penting sangat tu Fir…emm boleh saya panggil awak Fir saja?” lelaki itu mengangguk.

” saya datang ke sini untuk seseorang.” Kata lelaki itu serius. Fateen ketawa kecil mungkin lucu dengan kata-kata pemuda di hadapannya itu.

” seseorang….awak ni buat lawak pula Fir. Siapa seseorang yang awak maksudkan tu. beritahu saya.”

” awak..Nurul Fateen.” Fateen terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki di hadapannya ini.

” saya? Apa maksud awak?”

” saya pergi dulu cik Fateen, Insya Allah, jika ada masa lapang, kita akan berjumpa lagi. Insaflah wahai hiasan dunia bahawa dunia ini hanyalah bersifat sementara.” Kata-kata pemuda itu meresap di lubuk sanubari Fateen. Lelaki yang dipanggil Firdaus itu sudah pun pergi dan menghilang di sebalik pintu rumah sewa lelaki itu. Namun bisikan syaitan lebih berkuasa dari kata-kata lelaki tersebut. Fateen sudah pun melupakannya dalam masa yang singkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience