BAB 7

Other Series 6528

Seusai azan asar, tiba-tiba paparan yang dilihatnya itu juga hilang. Fateen terduduk di situ juga. Dia benar-benar terpegun tidak tahu apa yang perlu dibuat. Hanya air matanya sahaja yang menitik setitis demi setitis. Ketika Rakannya Nadia datang, Fateen masih duduk di situ sambil menangis teresak-esak. Fateen dipapah oleh Nadia naik ke rumah. Nadia membiarkan rakannya itu dengan perbuatannya sebelum memujuknya untuk menceritakan kisah itu kepadanya.

” Teen, kenapa dengan awak ni. Apa yang berlaku? Awak kecurian lagi ke?” pujuk Nadia yang sememangnya tahu Fateen sentiasa menjadi mangsa para pencuri yang tidak mengenal mangsa. Namun Fateen masih diam. Nadia cuba memujuk lagi namun hanya tangisan sahaja yang kedengaran dari bibir comel Fateen. Saat rakan-rakan serumahnya yang lain pulang Fateen masih mengelamun. Mereka tertanya-tanya dengan perubahannya namun Nadia membalasnya dengan isyarat entah, aku pun tak tahu.

” Teen, mengapa ni, Teen sakit lagi ke?” tanya Zalehah pula lembut namun Fateen hanya membalasnya dengan gelengan.

” jadi apa masalah Teen, tadi Nadiah kata Teen duduk di luar. Betul ke?” pujuk Zalehah lagi.

” saya dah buat keputusan, saya nak berhenti buat kerja ni. Saya dah tak nak jadi pelacur lagi kak. Tadi saya saksikan sendiri apa yang saya lakukan selama ini. Saya berdosa kepada Allah kak” semua yang ada di situ terkejut mendengar bicara yang keluar dari mulut Fateen. Masing-masing mula takut.

” apa yang Fateen nampak tadi?” tanya Laila pula yang sejak tadi membisukan diri. Lantas Fateen menceritakan kejadian yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Namun tatkala dia habis bercerita, kawan-kawannya hanya memandangnya dengan senyuman sinis.

” alaaa, awak ni Teen, bila sakit mulalah nampak itu ini ke.” Kata Zalehah pula.

” betul kak, saya nampak….”

” ah, tak usahlah pandang serius Perkara tu Teen, awak bukannya tak tahu dah lima tahun kita buat kerja macam ni, tak pernah pun perkara tu terjadi kat kami semua.” Celah Nadia Pula. Fateen berdiri, bercekik pinggang.

” kalau korang tak nak percaya cerita saya, itu korang punya pasal, yang penting mulai dari sekarang saya tak nak buat kerja ni lagi. Esok saya nak balik kampung.” Kata Fateen, marah dengan rakan-rakannya yang seperti mempermainkannya.

” mana boleh, awak tak boleh keluar dari rumah ni sebelum awak tak langsaikan hutang awak kepada pelanggan awak.” Tiba-tiba Zalehah marah.

”Apa hutang? Mana saya ada hutang. Saya tak ada hutang dengan sesiapa pun. Apa awak fikir kerja tu dengan pelanggan dah dikira hutang. Maaf. Itu bukan hutang. Itu adalah bala saya faham.” Ujar Fateen tidak mahu mengalah kepada Zalehah yang dikira ketua mereka selama ini. Dia sudah tidak mahu fikirkan tentang perkara lain. Apa yang dia mahu ialah dia mesti keluar dari rumah ini sekarang juga kalau boleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience