BAB 9

Other Series 6528

Fateen memandang laut yang membiru dihadapannya. Elusan angin laut begitu mendamaikan. Baju kurungnya berkibaran manakala tudung hijaunya melambai-lambai. Sudah setahun dia balik ke kampungnya. Fateen sudah jauh berubah semenjak peristiwa yang berlaku dan merubah seluruh kehidupannya. Sekarang, dia sudah berubah menjadi seorang gadis yang baru, bukan lagi dikelilingi dosa yang dilakukannya suatu ketika dulu. Dia bersyukur kerana orang tuanya masih menerimanya setelah dia menceritakan kisah hidupnya. Hidupnya sekarang jauh lebih mendamaikan dan mengembirakan. Tiap hari kehidupannya lebih bererti saat mendekatkan diri kepadaNYa.

” Assalamualaikum…”tiba-tiba suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya dan ditunggunya selama ini kedengaran di telinganya. Fateen Menoleh.

” Fir….” katanya pelahan. Ya Allah, mengapa wajah kacak itu sungguh bercahaya ya Allah. Bisik hati kecil Fateen.

” saya bersyukur, Fateen sudah berubah sekarang.” Ujar lelaki tersebut. Fateen tersenyum gembira. Wajah yang dirinduinya itu begitu mendamaikan.

” Fir…saya begitu rindukan Fir. Saya cintakan Fir….” kata Fateen pelahan namun Firdaus hanya tersenyum.

” Fateen, Cintailah Allah. Maafkan saya kerana saya tak mampu membalas cinta Fateen. Kita hidup dalam dunia yang berbeza. Saya datang ke sini kerana mengirimkan ini kepadamu. Dan selepas ini, kita tak akan berjumpa lagi. Ini kali terakhir kita akan berjumpa Fateen. Berbahagialah dirimu dengan naunganNya.” ujar Firdaus lalu memberikan sekuntum bunga kepadanya. Fateen menerimanya dengan air mata.

” Fir…” namun Firdaus lelaki yang dicintainya juga lelaki misteri dalam hidupnya sudah pun menghilang. Fateen memandang sekeliling namun Firdaus lelaki yang bertakhta di hatinya sudah tidak ada.

” siapa awak yang hadir dalam hidup saya selama ini Firdaus?” bisiknya pelahan. Dia memandang ke langit. Awan pekat yang tadinya hitam sudah pun cerah. Tiba-tiba satu suara kecil membisik di telinganya.

” Cintailah Allah sepenuh hatimu. Nescaya, Allah akan membahagiakan hidupmu.”

”Ya Allah, akanku abadikan cintaku hanya padaMu. Bimbinglah aku ke jalanMu. Jauhi aku dari godaan Syaitan dan berikanlah rakan-rakanku petunjukMu.” Kata hati kecilnya sambil tangannya masih memegang sekuntum bunga pemberian sahabat dan mungkin kekasihnya. Mungkin…..bau bunga itu masih segar mewangi di tangannya. Fateen tersenyum manis.

”Terima Kasih Fir, ku kira ini adalah anugerah daripada cinta kita pada yabg maha Esa….” ucap Fateen pelahan sambil memandang ke arah laut membiru kehijauan yang terbentang luas. Rezeki dan jodoh tidak pernah salah alamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience