“Aku nak kahwin dengan kau.” Aku gelak. “Gelak tanda setuju?” “Redza.. aku baru kehilangan Fareed. Dan aku tak rasa aku mampu nak cari pengganti dia waima dengan kau!” “Fareed dah setahun pergi, dan begitu juga Suraya, dia dah setahun tinggalkan aku!” “Masalahnya.. kita tak sama! Suraya masih hidup waktu korang berpisah, dan Fareed dah tak ada lagi kat dunia. Dan yang paling membezakan kita ialah.. kau dah tak cintakan Suraya dan aku masih cintakan Fareed, hingga bila-bila!” “Aku tak suruh pun kau lupakan Fareed, aku hanya nak kau bahagia dengan aku dan Soffi, tu je!” Aku terdiam. Dah lah bergaduh depan budak, terkebil-kebil Soffiya melihat kami.
“Nini.. aku faham, dan aku akan tunggu bila kau dah bersedia. Tapi ingat, kau tak boleh hidup untuk kenangan kau, tapi kau boleh jadikan kenangan kau untuk kau terus hidup.” Redza dah bersuara perlahan dan berlalu pergi bersama Soffiya sambil Soffiya tak putus-putus melambai ke arah aku.
Masuk ke dalam rumah, aku duduk di birai katil Fareed. Sungguh ke niat Redza tu? Kalau dulu aku selalu bertanya pada diri aku, boleh ke aku hidup dengan Fareed dengan keadaan aku masih ingatkan Redza, bila dah sampai keadaan macam ni aku tertanya kalau sanggup ke aku nak hidup dengan Redza dengan keadaan aku yang masih ingat pada Fareed? Mampu ke aku nak bahagiakan Redza dan mampukah Redza nak bahagiakan aku?
Sekali lagi, aku hanya harap aku amnesia dan lupakan segala-galanya, dan mulakan hidup baru tanpa sesiapa.
Aku ambil masa 3 tahun untuk terima Redza dan berkahwin dengannya. Semuanya berjalan serba ringkas dan hanya dikunjungi saudara mara terdekat. Suraya pun ada datang majlis kami dengan suami barunya. Patutlah Suraya sanggup tinggalkan Redza.. yang ni lagi hensem! Muka ala-ala suami Che Ta!
“I told you before, remember?” Bisik Suraya kepada aku. “Jodoh you dengan Redza kuat. You akan bahagia dengan Redza. I always pray for both of you!” Aku memeluk Suraya kuat. “Saya pun doakan awak selalu! Apapun yang jadi, awak tetap mama Soffiya yang terbaik!” Kenyataan yang aku tak boleh nafikan. Aku tak nak pisahkan kasih sayang Soffiya dan Suraya.
“Saya tak sangka awak sanggup lagi tunggu saya..” Kataku pada Redza sewaktu aku tidurkan Soffiya. Cakap dah lah bisik-bisik, takut Soffiya terjaga. “Ikan dilaut, asam di darat, dalam belanga bertemu jua. Kita lah tu..” Aku kerut dahi. “Awak guna peribahasa tu sebab nak perli saya yang kerja tukang masak ni ke?” Suara aku meninggi. “Syhh..!” Redza tala hujung telunjuknya ke bibir lalu tunjukkan Soffiya dah menggeliat tidur antara kami.
“Bukan lah.. nama pun peribahasa, kan?” “Patut awak bagi.. takkan lari gunung di kejar!” “Ha’ah kan?” Redza mengekek gelak sambil tutup mulut. “Sebab tu BM saya dapat C. Nasib ada seorang student perempuan tu dulu sanggup ajar saya!” “Tahu pun.. nama dia Ayuni, kan?” Aku senyum bangga.
“Nini.. saya harap bila saya dah tua nanti, saya masih ingat pada awak walapun saya dah nyanyuk. Saya harap awak pun sama..” Kalaulah Redza tahu yang aku pulak selalu berharap yang aku ni hilang ingatan!
“Saya bersyukur sebab saya punya kesempatan untuk bersama dengan awak, seperti yang saya angankan dulu.” “Huh? Awak pernah berangan nak kahwin dengan saya? Maksudnya awak dulu suka pada saya jugak?” Redza senyum dan angguk. “Sejak bila? Suraya pulak macam mana?”
“Kalau awak nak tahu, saya mulai menyimpa n perasaan pada awak sejak di sekolah menengah lagi. Tapi saya tak berani nak luahkan, saya hanya memandang awak dari jauh namun dalam hati sentiasa menyintai awak. Saya nekad untuk berjaya dan sewaktu saya di UK, Suraya yang banyak membantu saya di sana. disebabkan saya masih mudah, berseorangan orang kata baru nak up, saya jadi keliru dan mendorong saya mengahwini Suraya tanpa berfikir panjang. Namun saya sedar, ada sesuatu yang tak betul, hati saya sakit bila awak hilang. Rasa penyesalan itu kuat menghimpit dan saya benar-benar kesal dengan perbuatan saya. Tapi perancangan Allah itu cantik kan, ke mana saja kita berada dan terpisah, akhirnya kita bertemu semula, jodoh kita sentiasa bersama walau terpisah oleh keadaan kan?’’
Aku hanya mengangguk tanda setuju, air mata ku mula bergenang. Bukan sedih tapi terharu dan bersyukur bahawa akhirnya kebahagiaan itu milik kami. Aku redha dengan tulisan takdir dan aku memaafkan dan menerima dia apa adanya seperti dia yang sentiasa menerima dan menyayangiku.
Share this novel