“Eh, tak.. maksud saya, lambat laun pun saya akan duduk sorang jugak kan? Kita tak boleh selalu macam ni tahu. Awak dah ada Maya, awak kena jaga dia. Selalu dengan dia. Awak kena move on. Saya pun kena move on. Dan saya percaya sampai satu masa dia akan tahu pasal kita dan masa tu, saya terima kalau kita dah tak boleh bersama.. awak faham, kan?” “Nini..” Fareed letak sudu garfu dan pandang aku.
“Selagi saya boleh bertahan, saya akan pertahankan. Kita berdua.. kahwin atas restu mak ayah kita, kasih sayang mereka. Tapi, belum tentu lagi perkahwinan saya dan Maya kelak, mak ayah saya suka dan restu. Jadi, saya tak nak rosakkan hubungan kita semua yang dah ada ni sebab kepentingan perasaan saya sendiri. Saya macam menarik rambut dalam tepung, tak mahu tepung berselerak, tak mahu rambutnya putus. Nampak macam saya tamak.. kan? Tapi itulah yang saya cuba buat untuk semua. Sekarang, saya nak kahwin dengan Maya, dan saya tak nak kita berpisah. Tak pelah kalau kita tak bercinta pun, asalkan kita masih suami isteri. Full stop. Tak mahu bincang dah pasal ni.” Fareed sambung makan selepas penerangan panjang lebar.
Aku terkedu. Malam ni, buat pertama kali aku lihat Fareed bercakap dengan nada yang sangat serius. Dan buat pertama kali dada aku sebak bercakap dengan Fareed. Aku terpandang mata Fareed yang menunduk. Nampak berkaca. Mungkin dia pun rasa, apa aku rasa sekarang.
“Auntie, uncle.. Soffi dah siap mandi!” Soffiya muncul dengan baju tidur gambar kartun. “Wah, comelnya dia! Wangi pulak tu!” “Jum makan uncle masak!” Fareed mengangkatnya duduk di meja makan. Kami berdua berhenti makan, dan tumpukan perhatian kepada gelagatnya yang makan sambil becok bercakap. Sesekali diselangi gelak ketawa antara kami.
“Fotostat betul muka Redza.. kan?” Fareed komen. “Redza junior!” “Saya nak jumpa Maya sekejap.” “Ok. Dapur tu tak pe, tinggal je.. nanti saya kemas.” Dia mengangguk. “Ok, Redza junior. Nanti tidur lena tau. Uncle keluar kejap.. ada kerja.” “Bye uncle. Take care. Uncle masak sedap!” Katanya sambil tunjuk thumb up. Kami tergelak lagi. “Nanti Soffi datang sini lagi, uncle masak.” Soffi melambai Fareed hingga dia keluar. “Jum Soffi, masa untuk tidur!” Soffiya patuh.
Soffiya minta aku bacakan salah satu daripada buku cerita yang ada dalam begnya. Selesai baca, aku pupukkan dia supaya dapat lena tidurnya. Dipeluk erat patung Poporo yang hampir sama saiz dengan badannya.
“Soffi, auntie nak tanya lah. Selalu kalau Soffi balik sekolah, siapa yang ambil Soffi?” “Papa..” “Kalau papa busy?” “Mak long..” “Mak long? Mak long tak kerja?” “Tak.. mak long duduk rumah je. Pak long pergi kerja. Rumah mak long ada abang long, abang ngah, kakak. Mak long jaga Soffi kalau papa tak ada.” Aku agak Mak Long yang Soffiya maksudkan ni kakak sulung Redza, Shahera. Aku pernah jumpa dulu, peramah orangnya. Memang cita-cita dia nak jadi surirumah tangga sepenuh masa memandangkan anak kembar lelakinya dulu tersangatlah nakal. Aku kira anak kembar dia tu dah darjah 2 sekarang ni.
“Mama.. tak pernah jemput Soffi?” Sengaja pancing soalan. Soffiya geleng kepala. “Papa cakap mama busy. Mama jarang jumpa Soffi. Tapi, kalau mama nak jumpa Soffi, Soffi tak nak jumpa mama. Soffi tak suka mama.. mama asyik busy je.” Aku peluk eratnya. “Mama memang busy, tapi Soffi tak boleh lah tak suka mama. Tak baik tahu. Nanti mama dah siap kerja, boleh lah Soffi jumpa mama selalu, ok?” “Tak nak lah. Soffi nak papa je. Soffi sayang papa.” “Ok..ok.. Tapi, sekarang, tidur dulu. Esok nak pergi sekolah.. nak jumpa papa lagi, kan?” “Nak! Tak sabar nak jumpa cikgu.. jumpa kawan Soffi. Kawan Soffi ramai..” Lor, cerita kawan dia pulak. Gamaknya tak tidur la aku malam ni!
Aku pulang ke rumah. Sunyi. Terpandang ke arah rak kasut. Tertarik pada kasut kecil berwarna merah jambu. Ala, ni kasut Soffiya yang tertinggal hari tu masih tak pulangkan lagi. Teringat pula aku pada keletah comelnya. Rindunya. Baru aku perasan kasut yang biasa Fareed pakai pun dah tak ada. Rindunya. Eh?
Dah beberapa minggu Fareed tak balik rumah. Dia cakap nak uruskan hal kahwin dia dengan Maya. Atau mungkin dia dah kahwin dengan Maya.. aku pun tak tahu. Sebab kali ni dia tak ada maklum pada aku aktiviti apa dan dengan siapa dia bersama, seperti sebelum ni yang biasa dia buat. Itulah yang terasa rumah ni macam tak bernyawa je. Walaupun tak adalah aku ni bercinta dengan Fareed, tapi rasa teringat tu tetap ada.. bukan rindu, okey!
Redza muncul di restoran bersama Soffiya pada keesokkan harinya. Wajah Soffiya yang teruja berjumpa aku, sedikit sebanyak melupakan sekejap kerumitan dunia.
Share this novel