“Aku.. gembira kau dah bahagia..” Redza berkata perlahan sambil menunduk. Ah, muka dia tu aku tak boleh nak tafsirkan!
“Papa.. Soffi nak pergi main dekat sana. Ada playground.” Soffiya mintak izin daripada Redza lepas dah semangkuk aiskrim dilicinkannya. “Ok.. tapi jangan pergi jauh tau.” “Soffi janji.
Thanks, pa..” “Hati-hati, Soffi,” kataku dan dia tunjuk thumb up. Soffiya dah menghilang, tapi kami masih boleh melihatnya bermain ke tempat yang tak jauh dari kami duduk. Aku leka mengamatinya. Memanjat tangga dan menggelongsor laju sambil melambai ke arah kami. Hurm..
seronok jugak kalau aku ada anak. Anak dengan Fareed? Macam angan-angan kosong je.
“Berapa umur Soffi, Redza?” “2 bulan lagi genap umur dia 4 tahun.” “Dia adorable, cheeky dan matured. Macam dah umur 6 tahun. Mungkin sebab dia tinggi berbanding budak-budak sebaya dia kut?” Aku teka. Tinggi macam Suraya. Dah lah tinggi, anggun, berkarisma, pandai, anak orang berada.. sebab tu Redza boleh terpikat.
“Atau mungkin dia seorang anak yang pandai survival, sebab tu dia nampak matured. Dia tahu cara nak adapt dan blend dengan environment dia tanpa menyusahkan orang lain.” “Macam puji diri sendiri je. Kau nak cakap dia ikut perangai kau lah tu?” Aku cuba berjenaka. Redza senyum je. “Ya.. sebab dia lebih banyak masa dengan aku.” Berbaur pelik statement kau ni.
“Nini.. aku sebenarnya ada masalah dengan Suraya. Kami belum bercerai, tapi dalam proses ke arah tu. Kami dah setahun tak tinggal bersama. Tapi, sebab Soffiya, kami perlu jugak berjumpa.
Soffiya tak faham apa yang berlaku, dan kalau boleh kami tak nak dia tahu. Nasib Soffiya lebih rapat dengan aku sebab Soffiya membesar dengan aku. Sebab tu dia tak kisah sangat pasal Suraya.” Aku tergamam.
“Mungkin, kesibukkan kerja yang meletakkan jurang antara Suraya dengan kau dan Soffi? Biasalah dalam rumah tangga memang akan ada salah faham sikit-sikit, kan? Kau pernah cuba bincang tak pasal hal ni? Mesti ada jalan penyelesaian kan? Atau dia boleh kurangkan masa dia dengan bekerja dan fokus pada family?” Itu jelah yang aku mampu katakan selalu perunding perkahwinan tak berlesen.
“Aku kenal Suraya yang memang passion pasal kerja. Akauntan, memang kerja yang dia impikan dan dia usaha sehabis daya untuk dapatkannya. Mulanya, aku cuba untuk faham seorang Suraya yang berkerjaya. Tapi aku dah tak boleh nak faham bila dia masih tak berubah walaupun kami dah ada Soffiya. Dan bila kami bincang, dia jujur dengan aku dan hakikat tu pedih untuk aku terima.
Sibuk tu hanyalah alasan.. dia dah ada orang lain. Dia dah nak buang aku dan Soffi dalam hidup dia.” Aku melopong. Kesiannya Redza! Tapi lagi kesian Soffiya.
“Antara kami memang tak dapat diselamatkan. Aku hanya ada Soffiya je sekarang, dan sebolehnya aku tak nak dia rasa langsung kekurangan kasih sayang seorang ibu.” “..Kau, sayang lagi pada Suraya?” Ish, soalan tu pulak yang keluar. Redza pandang aku, dan bila mata kami bertaut lama, aku nampak kesedihan dalam mata dia.
“Aku sayang Suraya, tapi itu dulu.. masa dia juga sayang aku.” Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa lega bila dia cakap macam tu. Ish, jahat ke aku ni?
Soffiya dah bersalaman dengan aku, tanda dia dah nak balik dengan Redza. “Nini, aku nak mintak maaf kalau cerita aku tadi mungkin membebankan kau. Aku cuma perlukan seorang kawan yang boleh dengar dan kongsi cerita aku. Tapi, kalau Fareed tak selesa dengan kita.. aku faham.” “Ya.. aku pun harap aku boleh membantu, tapi buat masa ni hanya boleh tolong dengar je. Cuma, aku berdoa hubungan korang boleh pulih, bukan untuk korang je, tapi untuk Soffiya jugak.” Redza senyum cuma. “Sampaikan salam aku pada Fareed.” “Insya Allah.. Bye-bye Soffi!”
Soffiya datang peluk aku, membuatkan aku kaget. “Bye, auntie Nini. Nanti kita jumpa lagi.” Em, auntie tak boleh janjilah Soffi. “Ok, nanti kita pergi main playground sama-sama tahu.” Terpaksa cakap, demi tak mengecewakan Soffiya. Redza dah dukung Soffiya dan Soffiya dah melambai. Tapi, beberapa langkah kemudian, dia berpaling semula kepada aku.
Share this novel