Aku memandangnya. “Ok, Soffi sayang.. sekarang cerita pada auntie apa yang berlaku ni? Mana Soffi dapat nombor telefon auntie? Mana papa.. papa tahu tak Soffi balik dengan auntie?” Soffiya hanya memandang kosong ke depan. Diam. Aku mengusap pipinya, berharap dapat memujuknya. “Ok, kita pergi makan dulu, ye?” Soffiya angguk perlahan-lahan.
Soffiya mengesat airmatanya. “Soffi tak nak balik dengan papa. Papa jahat, papa marah Soffi..” Aduh, kesian pulak dengan budak ni. Habis, takkan aku nak kidnap pulak budak ni dan buat balik rumah? Kat tak pasal-pasal tidur lokap pulak aku!
Nak tak nak, aku memang kena telefon bapak dia. “Aku minta maaf Nini.. aku tak sangka pulak dia boleh call kau. Minta maaf banyak-banyak.. kami dah menyusahkan kau pulak..” Aku dengar suara Redza yang syahdu dan perlahan. Lagilah aku kesian kat dua beranak ni.
“Kau patut mintak maaf kat Soffi, Redza.. bukan dengan aku. Apalah yang salah pada budak tu, yang kau marah dia sampai dia terasa hati sangat ni?” Aku dengar dia hela nafas panjang.
“Aku.. aku marah dengan Suraya sebenarnya. Kami bertengkar. Lepas tu, yang bodohnya aku.. pergi lepas perasaan kat Soffi. Aku tak sengaja marah Soffi. Aduh, aku menyesal lah.. sungguh.” “Em..
tak pelah, nak buat macam mana. Benda dah jadi. Tapi, kau datanglah pujuk Soffi. Say sorry.
Nampak sikit kau ada usaha dan sayangkan dia. Betul tak?” Redza diam sekejap. “Soffi mana?” “Ada kat depan aku.. tengah makan aiskrim. Dia dah berhenti menangis.” Soffiya yang masih menikmati makanannya tak menoleh pun pada aku yang berdiri jauh sedikit dari mejanya.
Soffiya dah berada atas dukungan Redza, selepas beberapa minit sesi pujuk memujuk. Payah jugak nak sejukkan hati si kecik ni. Walaupun nampak macam dah angkat bendera putih, tapi muka dia masih mencuka. “Macam mana Soffi dapat nombor telefon auntie?” Aku bertanya. “Soffi ambil kad papa. Hari tu Soffi nampak papa call auntie guna nombor tu.” Terang Soffiya. Aku kerut kening.
“Oh.. name card Fareed! Aku suruh Fareed tulis nombor telefon kau pada name card tu. Masa aku call kau tu, aku dengan Soffi.” Redza menerangkan. “Pandainya anak papa ni!” Redza cuit hidung Soffiya, dan Soffiya masih statik. Merajuk!
“Nini.. kami balik dulu. Sorry again sebab susahkan kau.” “Bye auntie Nini. I love you!” Suara halus itu membuatkan aku rasa sayang untuk membiarkan dia pergi. Aku pandang dia yang tak lepas-lepas melambai aku, macam menggamit aku untuk mendukung dan memeluknya.
“Redza..!” Redza berhenti melangkah dan berpaling ke arah aku.
“Assalamualaikum! Masuklah.. ini rumah auntie dengan uncle!” “Wah.. cantiknya rumah auntie!” Soffiya dah teruja sambil meliarkan pandangan ke segenap ruang. Percaya atau tak.. aku ajak Soffiya bermalam kat rumah aku dan dia dengan gembiranya setuju! Redza tak boleh nak cakap apalah.. terpaksa bagi permission! Ah, bestnya malam ni aku tidur bertemankan seorang anak perempuan, walaupun bukan anak aku.
“Saya anggap pujian tu untuk saya.. sebab saya yang banyak hias dan kemas rumah ni.” Fareed mencelah dari dapur. Aku mencebik. “Eh, perasan pulak dia! Soffi.. ni uncle Fareed.” Soffiya menghulur tangan dan bersalaman dengan Fareed. “Hai Soffi! Macam mana, hensem tak uncle?” Aku tergelak. Ada ke soalan pertama dia pada budak kecik macam tu?
“Boleh lah.. tapi papa lagi hensem!” Kami tergelak. “Budak-budak tak pandai menipu!” Aku menambah. “Ok, tak apa.. tapi uncle masak untuk Soffi special tau. Soffi makan.. ye? Biarlah uncle tak hensem, tapi uncle pandai masak tau!” Eleh, nak cakap dia rajinlah tu! “Ok.. uncle hensem. Sebab papa tak pandai masak.” Kami tergelak lagi. Memang meriahlah malam ni dibuatnya!
Kami makan semeja. “Apasal hari ni rajin pulak nak masak spageti? Selalu masak megi je?” Aku angkat kening sebelah. Macam mushkil. “Kan awak cakap ada tetamu? Jadi, saya sajalah nak tunjuk bakat.” Fareed senyum meleret.
“Em.. awak.. Terima kasih tau benarkan saya bawak balik Soffi, bermalam kat sini.” “Eh, tak ada hal lah. Bukannya awak bawak balik perompak..!” Aku gelak. “.. Inikan rumah awak jugak. Rumah kita? Tak pelah, meriah sikit hari ni.” “Tulah.. saya buat persediaan awal. Nanti tak lah rasa sunyi sangat rumah ni. Lagi-lagi nanti saya dah duduk seorang kan?”
“.. Nini, janganlah buat saya rasa bersalah.” Suara Fareed dah meleret.
Share this novel