BAB 13

Romance Completed 10096

“Lepas habis study, saya memang ada cancer. Lepas kemo, operation.. saya pulih. Hidup saya kembali normal, saya kenal dengan Maya.. bercinta dan bila dia ajak saya kahwin, saya sendiri yang mintak tangguh. Sebab saya khuatir saya sakit semula. Saya mintak dia beri saya masa, dan pada mak saya bagi alasan Maya yang nak tumpu perhatian pada kerja. Then, awak datang. Ayuni, seorang kawan waktu kecil saya yang tiba-tiba muncul.. awak bagi saya peluang, dan seolah-olah bagi harapan pada saya. Harapan untuk tak mengecewakan mak saya yang nak tengok saya kahwin dan dalam masa sama harapan untuk saya bersama dengan Maya. Saya jadi bersungguh untuk hidup, sebab awak bagi saya semangat tu.” Air mata aku menitis, aku dah lupa janji aku padanya. Lantak lah, aku tengah sedih ni!

“Dan tibalah perkara yang paling saya takut. Saya pengsan kat office, masa tu Kamal ada. Kamal bawa saya ke hospital, dan waktu tu saya tahu cancer saya dah kembali. Saya minta Kamal rahsiakan perkara ni dari awak dan keluarga saya. Saya buntu. Tapi, saya tak nak larikan diri. Saya kena berdepan jugak dengan perkara ni, sendiri. Jadi saya beritahu Maya yang saya dah ada orang lain dan tak nak kahwin dengan dia, dan pada awak saya beritahu yang saya nak kahwin dengan Maya. Saya ingat perkara ni boleh selesai dan saya boleh buat treatment macam biasa, tapi doktor beritahu peluang saya tipis. Saya dah putus harap dan saya hanya fikir seorang je.. awak, Nini. Baru saya perasan saya sangat perlukan awak, dan saya sayang pada awak. Saya ingat saya nak balik rumah dan beritahu awak semuanya.. tapi tak sangka pulak saya kena beritahu awak dengan keadaan yang macam ni.” Aku nampak airmatanya menitis perlahan. Dia pun sebak, apatah lagi aku.

“Awak nak dengar cerita saya pulak?” Dia angguk. “Lepas je kahwin dengan awak, saya dah janji pada diri saya yang saya nak lupakan Redza. Saya nak jadi isteri mithali, saya nak cuba sayang awak.. dan tak kisahlah kalau waktu tu awak dah ada Maya. Saya sudi nak berkongsi kasih, sebab saya tahu Maya dulu yang hadir dalam hidup awak. Saya terima. Dan bila saya jumpa dengan Redza semula, saya masih lagi janji pada diri saya nak lupakan Redza walaupun perasaan saya pada dia susah nak berubah. Sebab tu saya selalu mengelak dari jumpa dia. Saya nak belajar cintakan awak.

Redza adalah kenangan lalu saya, dan awak adalah masa depan saya. Jadi, saya nak awak bertahan.. sebab saya yakin kita akan bahagia!” Aku dengan tak malunya pergi peluk Fareed! Alamak, sama-sama pulak menangis dalam pelukan!

Aku balik ke rumah. Niatnya nak kemas rumah dan makan pakai untuk bermalam di hospital. Tapi bila aku bukak je bilik Fareed, aku tak dapat tahan air mata aku. Aku tak dapat bayang kehidupan aku nanti kalau dia tak ada terus. Kalau sebelum ni, bila aku rindukan dia aku boleh pujuk diri aku yang dia akan balik bila Maya outstation. Tapi bila dia dah tinggalkan aku untuk selama-lamanya nanti, macam mana?

Tak, aku kena kuat! Aku kan semangat Fareed? Aku lap air mata, berpegang pada janji aku padanya.

Semuanya dah maklum pasal Fareed masuk hospital. Aku dah cuti tanpa gaji demi nak jaga Fareed. Fareed tak putus mendapat kunjungan ramai. Berebut pulak nak menjaga Fareed, tapi Fareed menolak. Dia cakap hanya nak Ayuni yang menjaganya, sebab dia nak habiskan masa yang banyak dengan Ayuni. Ah, sweetnya laki aku! Senyum sampai ke telinga kejap.

Redza dan Soffiya pun datang menjenguk. Aku tinggalkan Fareed dan mak beramah mesra dengan Soffiya lalu aku dan Redza keluar berjalan ke café. “Aku simpati pada Fareed. Aku doakan dia cepat sembuh.” “Aku pun harap macam tu. Fareed janji dengan aku, nak bawak aku bercuti ke Krabi kalau dia dah sihat. Seronoknya.. tak sabar aku!” Aku buat-buat gembira dan teruja. “Iya? Baguslah!” Redza pun tumpang gembira.

“Tapi, Nini.. kau tak boleh tipu aku. Memang aku dah lama tak jumpa kau, tapi kau lupa yang aku dah lama kenal kau. Aku nampak kesedihan kat mata kau..” Aku pandang Redza yang masih bersahaja. “Aku tahu dia dah tak ada peluang untuk sembuh, tapi aku harap kau terus berdoa. Ajal maut tu di tangan Allah. Tak ada yang mustahil dengan Allah. Dia Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.” Aku hanya mengangguk lambat. “Terima kasih sebab ingatkan aku. Aku harap ada keajaiban berlaku, sebab aku tak habis lagi sayang dia.” “Aku tahu.. tapi, kasih sayang Allah pada dia dan kita, tak terjangkau besarnya berbanding sayangnya kau pada Fareed. Aku harap kau tabah dan redha.” Air mata aku jatuh lagi.

Sebelum kami melangkah masuk ke wad, Redza berhenti dan berpaling pada aku. “Kes aku dan Suraya dah selesai.” “Oh? Dan..?” “..Sekarang, kami dah sah bercerai dengan talak 1 dan hak penjagaan Soffiya jatuh pada aku.” Dia berjalan meninggalkan aku. Kesian Soffiya, tapi bapaknya macam gembira pulak aku nampak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience