Tak salahlah saya bagi nombor awak pada dia?” Aku dah tarik rambut sendiri. “Ah, stress bercakap dengan awak ni. Saya nak tukar nombor telefon lah lepas ni.” Fareed gelak.
“Ok, saya nak teka.” Aku dah jeling dia. Apalah agaknya dalam kepala hotak dia sekarang ni. Hish, manalah pergi ilmu muka tak ada perasaan aku selama ni. Kalau hal berkaitan Redza ni memang aku tak boleh cover muka lah!
“Dialah sebab utama yang membuatkan awak tak kahwin sampai dah umur 30 tahun. Kan?” “Salah, sebab saya dah kahwin dengan awak! Dah lah merepek! Saya nak masak.” Aku bingkas bangun. “Tengok, tak pernah-pernah nak rajin masak, tetiba hari ni nak masak? Kata dah penat.. kerja masak.. balik rumah dah malas nak masak?” Aku cekak pinggang.
“Fareed.. awak perasan tak hari ni awak macam lebih sangat bercakap? Kalau nak saya masak lebih, baik awak diam.” Aku dah berjalan ke dapur dan dia mengekor aku sambil aku dengar ketawa mengekeknya.
Aku dah kemas-kemas, bersiap nak balik rumah. Hari ni hari isnin, jadi memang tak ada mood nak balik kerja lambat. Haha.. alasan! “Chief, saya gerak balik dulu! Take care!” Seorang lelaki separuh abad dengan topi putih tinggi di atas kepalanya berpaling kepada aku, serentak ada 4 pasang mata lelaki pun buat benda yang sama pada aku.
“Sejak bila kau pandai balik awal ni, Ayu?” Aku toleh jam. Erk.. baru pukul 5 ke? Lah.. ingat dah pukul 7! Aduh.. patotlah kena perli! “Biasalah chief, orang dah berkeluarga!” Sampuk Alex. “Chief kena faham, mungkin laki dia tak senang duduk kat rumah bila dia pergi kerja. Lagi-lagi kalau kerja dengan kita kat ceruk ni!” Sampuk Zack pulak sambil diselangi bunyi mengekek ketawa dari budak-budak kerja yang lain. Oh, memang tempat aku kerja ni semua lelaki. Jadi, memang makanan aku lah kalau jadi bahan gelak.
“Tapi, tak salah kan kalau aku nak balik pukul 5? Memang waktu kerja kita habis pukul 5, kan?” Aku tunjuk peace. “Memang.. tapi kau ni sejenis tak reti balik rumah awal.. dulu!” Adam pulak menjerit dari belakang. “Dah.. dah. Jangan kacau dia. Korang ni membuli tak habis. Ayu, pergilah kau balik.” Chief aku dah bagi permission, aku apa lagi.. terus lah cabut balik! “Thanks, chief!”
“Nini!” Aku berhenti melangkah. Hish, siapa lah agaknya tu? Fareed? Macam pelik pulak dia muncul kat restoran?
“Redza..?” Redza senyum meleret. “Hai auntie Nini!” Soffiya dah melambai disebelahnya lalu meluru ke arahku untuk bersalam. Aku yang nyata terkejut hanya mampu menyambut salamnya. “Hai, Soffi. Soffi sihat?” Soffiya mengangguk.
“Ini.. kebetulan atau..?” “.. To be honest, memang aku sengaja datang cari kau.. lepas aku cuba contact kau dan gagal. Aku agak mungkin kau sibuk.. Tapi, aku dah inform dan beritahu Fareed pasal aku nak jumpa kau, dan dia ok. Dia yang beritahu aku, kau kerja chef kat restoran dalam hotel ni.” “Oh..” “Jadi.. boleh aku ajak kau minum?” Ala.. nak cakap apa ni? Hish, Fareed ni kut ya pun beritahu lah aku. Sekurang-kurangnya boleh lah aku cari akal nak mengelat. Dah ni, aku nak angguk ke nak geleng?
Sudahnya, aku terpaksa angguk. Tapi memang bukan duduk kat restoran tempat aku kerja lah, kalau tak memang aku rentung lah jadi bahan bakar budak kerja aku. Pergi makan aiskrim yogurt lah kita, sebab Soffiya suka.
Soffiya dah leka dengan makanannya dan sesekali aku mengusap kepalanya, tinggal aku dengan Redza yang terkelip-kelip biji mata tanpa sebarang kata. Serius lah.. aku rasa canggung sangat. Dah 4 tahun tak bertentang mata macam ni, sampai tak tahu nak cakap apa. “Er..” “Er..” Dah serentak pulak nak bercakap. Redza senyum. “Ladies first.” Em, nak tanya ke tak payah?
“Suraya.. mana? Dia..” .. dia tahu tak kita jumpa? Ah, soalan yang selebihnya tu tersekat kat kerongkong aku. “Suraya..” Redza senyum sumbing. “.. Dia sibuk. Ah, tak payahlah cakap pasal dia. Kau dan Fareed.. dah lama korang kahwin? Ceritalah, macam mana korang jumpa.. bercinta.. tup-tup kahwin.” Eleh, dah ubah topik pulak!
“Em.. tak ada apa yang specialnya pasal kami. Kami jumpa sebab mak kami kawan.. kenal, bercinta dah kawin dalam tiga bulan lepas.” “Kira.. korang ni family arrangement ke?” “Oh tak.. ni bukan macam drama sinetron atau telenovela yang selalu kau tengok tu ya!” Kami sama-sama tergelak. Ah, rindunya waktu macam ni dulu yang kami pernah habiskan bersama. Ops.. behave Nini, kau seorang isteri orang yang sedang duduk dengan suami orang.
“Perkahwinan kami tak melibatkan sebarang kontrak dan paksaan. Sejujurnya, aku bahagia sekarang dengan Fareed.” Sejujurnya, semua ni dusta! Sorry Redza.
Share this novel