“Soffiya, mintak maaf pada auntie?” Aku berpaling pada anak kecil yang memakai baju merah jambu itu pula.
“Soffi minta maaf, auntie.. Soffi janji tak buat lagi..” Dia menunduk.
“Oh.. tak apa.. jangan nangis ok?” Aku cuba pujuk si kecil. Budak, mungkin tak sengaja.
Aku nampak bapak si Soffiya ni lama pulak dia terus fokus pada aku.
“Kejap. Nini.. kan?” Aku diam. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Takkan nak blah je?
“Er..” Lama jugak dia pandang aku balik, mungkin nak suruh aku cakap ‘ya’.
“Er.. semuanya ok ke kat sini?” Suara Fareed pulak yang muncul. Aduh, cut scene betul la mamat ni!
Kami bertiga dah berdiri dan beredar ke tepi bila pekerja restoran dah datang untuk kemas tempat kejadian.
“Redza..?” Konon-konon macam aku baru teringat nama dia.
“Nini?! Kau ke tu? Ya Allah.. lamanya tak jumpa kau!” Kata Redza dah separuh menjerit. Aku hanya mampu senyum simpul.
“Yup.. dan kita jumpa kat sini. Anak kau ye? Comel!” Aku cuit pipi si kecil. Dia balas senyum aku.
“Ha’ah. Soffiya namanya. Soffi, salam auntie Nini?” Soffiya patuh.
“Sorrylah, dia excited sangat jumpa aku tadi, itu yang duk berlari-lari dalam kedai ni.”
“Oh, mama dia?” Aku cuba untuk buat-buat lupa pulak nama mama Soffiya atau mudahnya nama bini Redza.
“Emm.. Suraya sibok, tadi dia baru je hantar Soffi jumpa aku ke sini dan.. hilang dengan kerja dia.” Redza macam cuba selindung rasa kecewanya, aku agaklah.
“Ehem..?” Hek eleh, sakit tekak pulak si Fareed ni!
“Oh, lupa nak kenalkan.. suami aku. Fareed.” “Suami? Kau kahwin dan tak jemput aku? Sampai hati!”
“Sorry lah, buat kecik-kecik je.” Mereka berjabat tangan.
“Redza.”
“Hai.” “Er, kalau tak silap awak ni yang selalu dengan Kamal tu ke, lanskap consultant?” Fareed aku nampak dah kerut muka lalu lambat-lambat mengangguk. Mesti dia tengah perasan glamer sekarang.
“Selalu nampak awak kat office Nuracorp. Kami ada satu projek joint venture dengan mereka.”
“Oh, project baru dia di Seri Kembangan?” “Ya.. kami pun baru je first project dengan dia. Korang lagi senior, kan?” Mereka dah tergelak. Aku pun tumpeng sekaki walaupun tak paham diaorang tengah borak apa ni.
“Oh, betapa keciknya dunia ni, kan? Pusing-pusing orang yang sama je..”
“Yalah. Eh, pergilah order balik yang dah terbengkalai tadi? Mungkin kita boleh makan sekali?” Cadang Redza.
“Em, tak apa lah. Kita take-away je. Kita dah lambat ni sebenarnya. Abang tadi cakap ada meeting pukul 4 kan?” Aku dah siku-siku perut Fareed dan dia yang terkejut agaknya aku panggil dia abang, terus anggukkan saja.
“Em.. oklah. Jum?” Dah siap-siap bungkus, kami pun mintak diri untuk beredar.
“Nini..!” Aku berpaling ke arah Redza. Mata redup dan buntang tu aku pandang tepat.
“Aku harap kita jumpa lagi.” Aku hanya mampu senyum. Angguk tidak, geleng pun tidak. Akhirnya aku mampu lambai je pada Soffiya yang punya mata serupa papanya. Dia senyum padaku sambil aku turut membalas kembali. Malangnya, senyumannya itu mirip Suraya.
“Macam sesuatu je awak dengan Redza tu..” Aku dengar je komen Fareed, tapi aku malas nak jawab komen dia balik.
“Ok, jadi kita nak meeting pukul 4, kat mana?” Ceh, perli aku balik?
“Hello? Is anybody home?”
“Hish, bawak je lah kereta tu dan diam.”
“Tak adalah.. saya pelik je. Macam mana dia boleh panggil awak Nini? Sebab setahu saya hanya keluarga awak je panggil awak Nini, orang lain semua panggil awak Ayu.. walaupun awak ni tak ada lah ayu sangat pun!” Haram, sempat lagi dia kutuk aku?
“Kita makan kat rumah je lah.” Aku harap penyataan aku tu dapat menjawab soalan Fareed.
Dah seminggu, dan aku masih tak jawab soalan Fareed pasal Redza. Dan dah seminggu jugak, kepala hotak aku tak berhenti fikir pasal Redza walaupun Fareed dah tak tanya pun lagi pasal Redza. Aku pun tak tahu. Semuanya terlintas balik kat ingatan aku macam semuanya baru berlalu semalam. Ya Allah, kenapalah aku kena jumpa Redza balik? Kalau aku tahu, memang taubat aku tak pergi restoran tu hari tu!
“Redza mintak nombor telefon awak dan saya bagi.” Satu penyataan dari Fareed yang membuatkan aku terbangun dari sila.
“Kenapa awak bagi?!” Aku dah separuh menjerit. “Sebab tadi saya jumpa dia dan dia mintak. Dah saya memang ada nombor awak,jadi.. kenapa pulak saya tak boleh bagi?”
“Sebab saya kan bini awak dan dia laki orang lain..!”
“Macam tak logik je jawapan tu? Redza punya soalan lagi logik. Dia tanya saya, kalau saya tak keberatan boleh tak bagi nombor telefon Nini. Ingat nak jumpa Nini dan mak dia.. dah lama tak jumpa. Itu pun kalau saya tak kisah. Eh, apa pulak saya nak berat dan kisah.. kan? Dia nampak seperti seorang yang baik dan gentleman.
Share this novel