‘Aku mesti boleh!’
Iqa memotivasikan dirinya. Ayat tersebut diulang-ulang sebut dalam hati.
Hujung bulan ini Iqa, Marwan, Dira dan rakan yang lain merancang untuk mengikuti acara amal berbasikal sambil mengutip derma untuk diberi pada saudara islam di Palestin.
Oleh sebab tidak mahu mengaku tidak pandai berbasikal, Iqa mengambil keputusan untuk berlatih sendiri.
Di belek basikal yang disewa berwarna hijau.
“Harap-harap sempatlah berlatih…Amin.”
Tangan diraup ke muka.
Sewaktu menghampiri simpang jalan, Iqa panik bila melihat kereta dari arah yang berlawanan meluncur laju bertalu-talu. Di saat yang sama, ada seorang lelaki sedang berjogging. Stereng basikal mula hilang arah.
“Aduh.”
Iqa kesakitan. Basikalnya terbabas. Dia jatuh tergolek ke rumput. Nasib baik bukan jalan bersimen.
“Lengan kau berdarah.”
Lelaki yang berjogging tadi duduk mencangkung disisi Iqa. Walaupun serius percakapannya tapi rasa nilai perikemanusiaan tetap ada dalam dirinya.
“Nah, untuk sapu pasir.”
Sehelai sapu tangan dihulur.
“Pakai ajelah. Bersih ni dari poket seluar. Aku guna tuala ni.”
Tuala yang disangkut di leher ditarik.
“Guna ajelah. Tengok. Mata kau pun mungkin dah masuk pasir.”
Pujuk Najib. Akhirnya sapu tangan itu diambil Iqa. Disapu muka dan lengannya. Perlahan dia berdiri. Anggota badannya terasa sengal-sengal.
Najib membantu membangunkan basikal yang tadinya terdampar di tepi jalan setelah jatuh.
“Nah. Telefonlah sesiapa untuk ambil kat sini. Kau tak boleh jalan ni.”
Iqa menelefon bapak untuk diambil memandangkan berhampiran rumah. Memang tadinya dia mula mengayuh berbasikal dari rumah. Elok saja tadi tapi disebabkan panik melalui di jalan yang sibuk membuatkan dia hilang kawalan stereng basikal.
“Terima kasih.”
Iqa mengembalikan handphone.
“Sama-sama. Pergi dulu. Maaflah tak temankan. Aku kena cepat ada urusan. Lagipun nanti dikata menggatal pula.”
Ayat terakhir diucap perlahan tapi masih jelas dapat didengari Iqa.
“Sapu tangan tu ambil ajelah. Assalamu’alaikum.”
Najib mengangkat tangan tanda perpisahan.
“Berangankan abang ke?”
Tegur Najib. Dicuit pipi kiri Iqa yang merenung ke laman rumah dari tingkap.
“Tak adalah.”
Iqa menghembus nafas lega dalam diam. Nasib baik dia tidak memegang sapu tangan Najib sewaktu berangan tadi. Terkenang memori 4 bulan sebelum mereka kahwin.
“Iqa nak turun ke dapur dululah. Nanti apa pula kata Mak.”
Iqa berhasrat untuk berlalu tapi lengannya dipegang. Memang dia membahasakan diri begitu dengan keluarga jadi mudah saja dia melakukannya depan Najib.
“Biarlah apa orang nak kata. Diorang mesti faham punya. Yalah kan semalam malam pertama kita.”
Najib tersengih sengaja mengusik.
Iqa mengalah bila Najib tegas menyuruh mereka tidur di katil bersama. Tidak mahu bertekak dengan mata yang mengantuk dan badan yang letih seharian melayan tetamu.
“Kejaplah.”
Pinta Najib sewaktu Iqa cuba untuk meleraikan pautan pada lengannya.
“Sini.”
Kedua tangan Iqa berada ditangan Najib supaya menghampiri. Dagu Iqa didongakkan supaya menatapnya. Senyum diukir buat isteri.
“Iqa tau tak. Sejak dengar rahsia Marwan bagitau pasal sapu tangan tu semalam, hati abang terus terbuka tau. Untuk Iqa. Terasa kembang dalam hati. Haha.”
Tuturnya romantis tapi di akhir ucapan dia tidak dapat menahan diri dari ketawa. Tak biasa untuk bermanis madah. Iqa tunduk tak tentu rasa.
“Abang harap Iqa pun buka hati Iqa untuk abang.”
Dikucup dahi Iqa.
“Alamak. Keluarga abang dah sampai. Awalnya diorang sampai. Jom turun. Nanti kalau Kak Hanim dan Abang Radhi nampak, lagi teruk kita kena usik nanti.”
Pantas Najib menarik tangan kanan Iqa yang masih dalam genggamannya. Mula mengatur langkah keluar bilik.
Memang emak dan bapak menjemput keluarga Najib bersarapan bersama pagi ni jam sembilan tapi sekarang baru jam tujuh! Kereta Avanza Abang Radhi sudah mula masuk ke halaman rumah.
Share this novel