Najib gelak. Sejak mereka pulang ke rumah tadi dia asyik tersenyum dan ketawa. Sampai naik sengal pipinya.
“Ni awak punya pasal.”
Bentak Iqa. Mukanya di tutup dengan kusyen. Sebelah tangannya melempar kusyen di sisi pada Najib tapi tidak kena.
Selepas dari kolej tadi, Najib terus membawanya ke klinik untuk pemeriksaan. Memang Najib selalu mengatakan seperti yang dikata Marwan tadi.
“Eh apa pula. Iqa yang goda abang tau.”
Najib membela diri.
“Stop smiling.”
Iqa membetulkan duduk. Kusyen tadi dipeluk pula.
“Sudahlah. Redha ajelah. Dah rezeki Allah nak bagi kita.”
Pujuk Najib. Dia melangkah duduk di sisi Iqa. Cuba untuk meredakan emosi isterinya.
Sewaktu di klinik tadi Doktor sudah mengesahkan Iqa hamil 5 minggu.
“Patutlah Iqa kuat makan sekarang ni. Kan betul tekaan abang. Makin sensitif, cepat merajuk.”
Tawa Najib kembali meletus bila Iqa menumbuk manja lengannya.
“Iqa nak tau tak semalam abang mimpi apa?”
Soal Najib menarik perhatian isterinya.
“Abang mimpi, Kita pegang anak kembar.”
Beritahu Najib.
Tawanya makin galak bila kini dadanya pula ditumbuk bertalu-talu.
“Iqa, boleh jadi hari Iqa konvokesyen nanti waktu Iqa tengah sarat.”
Najib meluahkan kemungkinan itu.
Iqa diam. Riak mukanya seperti akan menumpahkan air mata bila-bila masa. Perangai keanak-anakan masih ada.
“Tak apa. Manalah tau majlis tu di lambatkan.”
Pujuk Najib. Kepala Iqa disandarkan pada dadanya.
“Esok kita makan malam dengan keluarga kita eh. Sekaligus terus umumkan baby ni.”
Usul Najib.
“Majlis resepsi kena awalkan ni sayang.”
“Sudahlah. Jom abang hantar Iqa masuk bilik. Sayang kena rehat cukup-cukup tau.”
Pujuk Najib bagai memujuk anak kecil.
“Abang tak tidur lagi ke?”
Soal Iqa.
“Abang ada kerja kena siapkan.”
Beritahu Najib. Dipeluk Iqa. Dahinya dicium seperti selalu sebelum tidur.
“I love you sayang.”
Bisik Najib.
Setelah Iqa terlena, barulah Najib keluar menuju ke bilik kerja.
Share this novel