BAB 1

Romance Completed 11668

“Banyak lagi ke yang belum siap ni?”

Haziqah mula tidak senang duduk. Jam tangan ditenung untuk kesekian kalinya. Gelisah. Sudah pukul sebelas malam.

“Rilekslah Iqa. Belum siap lagi ni.”

Nadirah selamba menjawap.

“Hah itulah, dari tadi aku suruh mula awal tapi korang nak juga tengok movie dulu.”

Iqa mula membebel meluahkan tidak puas hati.

Sedari tadi, handphone nya berdering mendendangkan lagu. Habis! Mak tak henti-henti telefon. Akhirnya terpaksa dijawap.

“Helo, ha iya Mak. Belum siap lagi ni. Betul.”

Sesekali Iqa bersuara. Maknya membebel seperti biasa dengan suara nyaring. Dijauhkan handphone dari telinga.

“Yelah, Iqa balik la ni.”

Ucap Haziqah sebelum menamatkan perbualan telefon.

“Sudahlah. Aku balik dulu. Chow!”

Laju tangannya memasukkan barang ke dalam beg sandang.

“Weh, belum habis lagi ni.”

Marwan, sepupu merangkap kawan satu kelas Iqa bersuara membuatkan langkah Iqa terhenti.

“Ah, lantak korang lah nak susun dan design. Aku dah buat bahagian isi. Takpe esok aku take over explain banyak-banyak.”

Pantas saja dia keluar.

Keesokan harinya pembentangan berjalan dengan lancar. Pensyarah mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Iqa pada soalan yang diajukan di sesi soal-jawap.

“Yeeha…Ya beda-bedu!!! Kelas dah habis!!!”

Laung Marwan. Kelas riuh.

Hari ini hari terakhir kelas mereka yang memang sengaja diberi masa untuk membentang selepas menduduki peperiksaan akhir. Sekarang mereka hanya tinggal menunggu keputusan akhir sahaja lagi.

“K geng, selamat bercuti. Adios!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience