BAB 9

Romance Completed 11668

“Alhamdulillah…Yeay!”

Iqa bergembira berpelukan dengan Nadirah.

Ruangan foyer kolej riuh dengan pelajar yang berpusu-pusu melihat keputusan masing-masing.

“Iqa, kau buat apa selama cuti ni? Makin tembam badan kau.”

Tegur Nadirah. Memang sedari mereka bertemu tadi dia ingin menegur. Perasan dengan perubahan Iqa.

“Jangan-jangan kau mengandung tak?”

Tebak Marwan sedikit perlahan di telinga Iqa.

Terjengil mata Iqa dengan tebakan Marwan. Seperti biasa ditampar kuat bahu Marwan.

“Biasalah. Tengah cuti bina badanlah Ira. Nanti bila dah kerja nanti mesti makan tak tentu waktu.”

Balas Iqa diiringi ketawa kecil.

Hanya Marwan sahaja temannya yang tahu status dirinya kini. Nadirah pun belum dikhabarkan. Tunggulah sewaktu jemputan majlis resepsi mereka untuk menjemput rakan-rakan sudah siap dicetak barulah dimaklumkan.

“Okeylah, aku tak boleh lama-lama sebab dah ditunggu.”

Iqa meminta diri. Teringat Najib yang sedang menunggu di dalam kereta.

“Ala, rilekslah Iqa. Kau dah tak nak lepak dengan kitorang ke?”

Soal Dira tidak puas hati. Iqa tidak seperti biasanya. Selalu dia yang paling aktif berjalan.

“Bukan macam tu. Nantilah. Sekarang ni tak boleh.”

“Maklumlah, orang dah ada cinta hati.”

Ucap Marwan. Folder nipis di tangan Iqa hempas ke lengan Marwan. Menghalang rahsianya dibongkar kali ini.

“Wah. Dalam diam eh. Tak sangka! Kenalkanlah kat aku Iqa.”

Rengek Dira semangat bertambah teruja.

“Ala, nanti-nantilah ye. Ni dia kena masuk kerja semula.”

Ucap Iqa beralasan.

“Okey, aku pergi dulu.”

Cepat-cepat Iqa memeluk Dira sebelum berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience