“Aku tak kira. Aku gunakan kuasa veto aku sebagai suami untuk memerintah kau tidur satu katil dengan aku. Perintah berkuat-kuasa mulai hari ini.”
Tegas Najib membuat keputusan.
Setelah dipujuk dengan mengemukakan pelbagai alasan akhirnya Iqa berjaya memujuk keluarga untuk memanggil kerabat terdekat sahaja bagi majlis kenduri kahwin mereka. Najib tak kisah dan memang dia nak buat majlis resepsi tapi bukan dalam masa yang terdekat sebab dia nak rancang betul-betul agar lebih tersusun.
“Shush. Cakap tu jangan kuat sangat. Nanti mak dan bapak dengar.”
Tegur Iqa dengan jari telunjuk kanan di bibir.
Siang tadi selesai majlis resepsi kecil-kecilan perkahwinan mereka dengan lancar. Hanya kerabat terdekat sahaja yang dijemput datang.
Najib duduk berhadapan dengan Iqa. Nafas ditarik perlahan.
“Hmm. I’m sorry sebab cakap kasar. Harap kau tak kecil hati. Will try to reduce it.”
Tutur Najib. Mengakui kesalahan diri.
“Aku bukan apa. Walaupun perkahwinan ni bukan rancangan kita, tapi memandangkan sekarang kita dah jadi suami isteri, kita cubalah untuk pertahankan ikatan ni.”
Suara Najib sudah kendur. Tidak mahu bertengkar.
“Yeap. Kita memang belum mengenali satu sama lain tapi jom kita cuba untuk rapatkan diri. Memang dah ditakdirkan kita berjodoh jadi suami-isteri. Jadi sekarang cuba untuk dekatkan jurang yang ada. Please, open up your heart for me.”
“Iqa, Najib. Mari keluar kejap. Ada tetamu baru sampai ni.”
Beritahu emak dari sebalik pintu bilik yang tertutup.
Iqa dan Najib berpandangan. Menanti satu sama lain bersuara memaklumkan gerangan tetamu yang baru sampai. Sebelum mereka masuk ke dalam bilik tadi tadi, semua tetamu sudah pulang. Hanya keluarga yang memang merancang bermalam di rumah ini sahaja yang tinggal.
“Kau sedang tunggu kawan datang ke?”
Tanya Najib dengan kening bertaut.
“Eh mana ada. Aku langsung tak panggil sorang pun kawan aku. Mungkin kawan awak.”
Tebak Iqa.
“Aku pun tak panggil kawan pun selain Azhar dengan Hamdi.”
“Tak apalah. Jom siap cepat. Kita turun je tengok.”
Usul Najib.
“Siapa Mak?”
Tanya Iqa sewaktu berpapasan dengan emak di tangga.
“Kamu tengok ajelah…”
“Assalamu’alaikum pengantin baru. Tahniah.”
Tegur Marwan sebaik melihat pasangan itu beriringan turun tangga.
“Kau!!!”
Pantas Iqa ingin menghampiri Marwan namun dihalang Najib bila lengannya ditarik.
“Rilekslah. Kau jangan nak marah aku. Mak aku tak bagitau ke? Aku dah sms kat korang berdua yang aku minta maaf tak dapat datang waktu majlis nikah dan majlis resepsi tadi. Bukan aku sengaja. Hari bersejarah dua orang yang aku rapat tu. Rugi.”
“Aku dapat kerja yang aku berharap sangat dapat tu. Diorang suruh aku melapor diri dalam masa 72 jam a.k.a 3 hari selepas diorang telefon.”
“Kelam-kabutlah aku nak menguruskan macam-macam. Baru melapor terus kerja bertimbun. Dahlah tu, langsung tak boleh cuti. Ni lepas dari ofis terus aku datang sini.”
Berhati-hati Marwan menjelaskan.
“Tahniah bro.”
Najib dipeluk Marwan.
“Sibuk kerja ke nak larikan diri. Eee kau ni kan.”
Bahu Marwan menjadi sasaran tumbukan Iqa.
“Lagipun, aku tak ada salah langsung kat kau. Hehe. Cuma kat Abang je aku buat salah. Ampun bang, budak ni yang degil nak tidur sana.”
Sepuluh jarinya disusun rapat mohon kemaafan dari Najib.
“Sudahlah, benda dah jadi. Kau pergilah makan dulu.”
Tenang Najib menyuruh. Jelas kematangan di situ. Tidak ingin mengulas lanjut kisah yang terjadi.
“Sebelum tu, saya ada 2 hadiah untuk korang. Satu Syahirah dah simpan ke tempat susunan hadiah. Dan satu lagi, special. Tunggu kejap.”
“Nah.”
Kotak kecil yang diambil dari sofa beralih ke tangan Najib.
“Bukalah. Benda tu sebenarnya Iqa pernah tertinggal. Saya rasa macam ada kaitan dengan abang. Ni saya bagi balik kat korang. Okey.”
Cepat Marwan menghilangkan diri memasuki ruang makan.
Iqa menggigit bibir. Terasa sudah dapat diagak benda yang dimaksudkan. Sesuatu yang sudah hilang dan disangkanya tidak akan dijumpai lagi.
Iqa merasakan Najib sedang mengeluarkan isi kotak dalam gerakan perlahan. Ditelan liurnya. Bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Sah! Sapu tangan hitam. Di setiap penjuru ada dua garisan lurus berwarna biru dan merah.
“Ni macam sapu tangan aku.”
Najib menggumam. Diteliti sapu tangan itu. Satu penjuru ada jahitan huruf K dan N. Sah! Kini pandangannya beralih pada Iqa di sisi.
“Jadi, Iqa lah yang abang tolong di tepi jalan tu?
Soal Najib berbalas anggukan Iqa. Tiba-tiba bahasa panggilan terus berubah tanpa Najib sedari.
Iqa sendiri tak perasan. Bila Najib menyoal ini barulah dia perasan.
Dagu Iqa didongakkan Najib agar memandangnya. Takut-takut Iqa membalas pandangan Najib. Satu senyuman diukir suami buatnya.
“Kenapa senyum?”
Soal Iqa. Suaranya cuba untuk dikasarkan. Padahal di dalam hati terasa seperti tertusuk sebaik memandang senyuman yang khas untuk tatapannya.
“Tak ada apa. Saja. Jom makan. Iqa sendukkan.”
Usul Najib. Lengan Iqa ditarik menuju ke dapur. Sapu tangan tadi di masukkan kembali ke dalam kotak. Disimpan dalam kocek baju melayu yang dipakainya. Lembut saja ucapannya.
“Iqa memang selalu bawa sapu tangan tu ke Wan?”
Tanya Najib cuba mencungkil rahsia. Dia mengambil tempat di sebelah Marwan yang gelak mendengar soalannya.
“Boleh dikatakan selalu jugak bang. Selalu saya tengok dia renung sapu tangan tu waktu tengah duduk sorang-sorang.”
Rancak Marwan membuka rahsia.
“Eh mana ada! Kebetulan hari tu sapu tangan tu dalam jaket lah.”
Iqa cuba menafikan. Tangannya sibuk menyenduk nasi dan lauk-pauk.
“Kadang dia cium…”
Tokok Marwan disusuli tawa besar.
“Eh manada! Sesuka hati je kau tambah cerita eh.”
Iqa bercekak pinggang. Dijegilkan matanya memandang Marwan. Geram dan terasa panas membahang. Pinggan sudah dihulur pada Najib.
“Yelah yelah. Dia tak cium tapi bab dia selalu bawa tu memang betul bang.”
Akhirnya Marwan memperbetulkan.
Makin bertambah senyum Najib. Dengan senang hati dia mula makan yang disendukkan Iqa ke dalam pinggannya.
“Sebenarnya mak dan bapak memang dah tau kamu bermalam di rumah sewa tu.”
Abah membuka cerita.
“Memandangkan dah lewat malam jadi kami biarkan je. Keesokan harinya, mak dan bapak terus jumpa dengan keluarga Najib. Nak siasat peribadi dia. Tak susah mana sebab memang bapak kenal dengan abah Najib tu. Kawan rapat masa sama-sama jadi cikgu.”
“Jadi bapak dan mak memang sengaja datang malam tu?”
Merujuk pada malam kedua Iqa bermalam di flat sewa Marwan dan Najib. Saat Najib baru pulang.
“Yelah. Takkan nak biarkan kamu berdua bermalam bersama di sana.”
“Dalam hal ni Najib tak salah. Pintu pun dia biarkan terbuka. Mengikut cerita keluarga kamu Najib, kamu memang tak pernah bawa mana-mana perempuan datang bertemu dengan keluarga kamu. Nampak kamu memang belum ada calon pilihan.”
“Jadi setelah berbincang, kami sepakat untuk cuba menyatukan kamu. Untuk saling melengkapi dan sama-sama membantu menjadi insan yang lebih baik.”
“Sengaja kami minta Najib tunjuk jalan ke rumah orang tua kamu.”
“Yelah. Kamu kan belum tau kami kenal.”
Bapak hanya diam dan senyum memandang Najib. Memberi peluang abah terus bercakap.
“Dan kamu Iqa. Jangan bertindak sesuka hati. Selepas ni kalau ke mana-mana, minta izin dan maklumkan suami kamu dulu. Kurangkan melawan cakap dia. Kena ingat, syurga kamu bukan lagi pada Mak tapi pada tapak kaki suami kamu.”
Pesan bapak.
“Jadi Marwan yang bagitau kat mak dan bapak?”
Soal Iqa memastikan telahannya selama ini.
“Yang tu, no comment.”
Balas Marwan. Dia buat muka serius menikmati makanan. Cuba menutup cerita.
Share this novel