BAB 5

Romance Completed 11668

Dengan sekali lafaz, mereka selamat dinikahkan tiga hari kemudian. Malam itu jugak Mak Bapak Iqa menarik Iqa dan lelaki itu ke rumah keluarga lelaki.

“Dah angau teruk nampaknya anak kita ni. Jadi, rasanya lebih baik dipercepatkan majlis.”

Usul Bapak sebaik bersalaman dengan orang tua lelaki. Isu dia memeriksa di rumah sewa diceritakan.

“Kalau macam tu, pihak kami bersetuju.”

Balas tuan rumah.

“Tapi Abah…”

Lelaki itu cuba untuk membentak.

“Najib!”

Terus dipintas oleh abahnya membuatkan dia terdiam. Pasrah.

“Anggap ini pengajaran untuk kamu berdua supaya tidak memandang remeh hal-hal macam ni. Walaupun kamu tidak berniat untuk melakukan lebih jauh tapi tetap hanya berduaan di dalam rumah tu salah.”

Beralas abah Najib menegur sewaktu mereka bertemu untuk urusan perancangan majlis sebelum nikah.

Khairul Najib. Itulah nama lelaki yang kini sah menjadi suami Iqa. Majlis pernikahan diadakan di rumah keluarga perempuan.

“Patutlah Najib mula beli persiapan barang hantaran. Rupanya memang dah ada calon.”

Beritahu Umi kepada Najib membuka cerita.

“Betul lah. Bila akak Anim tanya dah ada calon, beria-ia Najib nafikan.”

Tambah Kak Hanim. Kakak kepada Najib.

Mata memandang pada Najib dan Iqa. Ingin melihat reaksi keduanya. Telinga Najib sudah merah. Mungkin malu. Iqa pula hanya diam. Sesekali dia senyum bila keluarga mereka ketawa.

“Bagus jugak tu. Persiapan awal. Macam sekarang ni. Dapat terus langsungkan majlis je. Nasib baik tok kadi masih lapang waktu malam.”

Tokok Bapak.

Memandangkan jadual tok kadi kawasan kami penuh pada sebelah siang, jadi majlis ini dilangsungkan pada sebelah malam selepas Isya’.

“Dah merah telinga budak ni.”

Abah menepuk paha Najib yang duduk disebelahnya.

“Bukan budak abah. Tapi bakal ayah budak!”

Usik abang Radhi. Suami kepada Kak Hanim.

“Jomlah kita balik. Dah lewat malam ni.”

Abah mengundur diri.

“Iqa, pergi bawa suami kamu masuk bilik.”

Perintah emak sebelum berlalu membawa bekas gelas hidangan ke dapur.

“Er…bapak, mak…saya rasa malam ni biar saya ikut balik rumah keluarga saya dulu. Nanti lepas majlis kenduri baru saya tinggal sini. In syaa Allah.”

Usul Najib baru menukar fikiran. Tadi keluarganya yang merancangkan bagi dirinya. Pakaian memang sudah ada dibawa sedikit untuk kegunaan bermalam di rumah mertuanya.

Cepat-cepat Najib masuk ke dapur untuk bersalam dengan Mak sebelum berlari keluar. Cuba mengejar abang iparnya yang masih memanaskan kereta.

“Iqa, pergi hantar suami kamu ke pintu.”

Usul emak dari dapur. Dengan berat hari Iqa menurut.

“Najib marah ke dengan apa yang dah jadi ni?”

Kedengaran suara Bapak bertanya sewaktu Iqa sampai di muka pintu. Kak Hanim dan Abang Radhi sudah berada di dalam kereta.

“Tak adalah Bapak, cuma…perlu masa sikit untuk biasakan diri dengan keadaan.”

Perlahan saja suaranya menjawap. Tenang.

Setelah itu barulah Iqa melangkah keluar. Memang dia masih belum banyak berbual dengan Najib. Mereka hanya bersuara bila disoal. Keluarga yang menjadi orang tengah dalam perbincangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience