“Iqa minum kopi caramel abang?”
“Yup, sorry lah tak sedar teguk sampai habis pulak Iqa minum tadi.”
Jawap Iqa sambil mengeringkan rambut.
“Ala…kan awak juga tadi yang cakap tak sedap.”
Selamba Iqa menambah. Dia masih belum bersedia memanggil Najib sebagai abang. Rasa terbelit lidah.
“Abang tak marah Iqa habiskan. Tapi kan tadi waktu tengok wayang Iqa dah habiskan satu cawan Pepsi. Lepastu coffee cappuchino Iqa pun tadi dah habis minum. Abang cuma risau kesihatan Iqa. Bahaya tau tak.”
Najib bersandar di muka pintu bilik. Tangannya disilangkan ke dada.
Selepas majlis kenduri, mereka kembali tinggal di flat untuk memudahkan Najib berulang-alik ke tempat kerja. Lebih hampir dari rumah keluarga mereka. Lagipula Marwan pun sudah tinggal bersama keluarga.
“Ala…sesekali je.”
“Nanti jangan merungut kalau tak dapat lelap.”
Ucap Najib sebelum berlalu ke ruang tamu.
Najib hanya diam sewaktu Iqa duduk disisinya menonton televisyen. Iqa bangun sebelum duduk lebih hampir. Najib membiarkan. Masih mogok diam.
“Iqa demam ke?”
Soal Najib sewaktu tangan Iqa tidak henti bergerak. Ada sahaja telatahnya.
“Tak panas pun.”
Ucap Najib setelah tangannya merasa suhu dahi Iqa.
Share this novel