“Iqa! Hero pujaan kau datang.”
Umum Dira seraya berlalu memberi ruang sebaik melihat kelibat Najib melangkah menghampiri mereka.
“For you sayang.”
Sejambak bunga dihulur. Malu-malu Iqa menerima. Tak selesa di tempat umum romantik.
“Congratulations.”
Ucap Najib diiringi ciuman di kedua pipi Iqa. Selesai sudah majlis konvokesyen Iqa.
“Aaa…abang ni. Malulah. Kan ramai orang ni.”
Tegur Iqa.
Nasib menyebelahi Iqa bila majlis ini ditangguhkan hingga selepas hari raya haji. Lebih kurang 3 bulan dari kebiasaan kerana menghormati bulan ramadhan dan juga ramai graduan yang tidak dapat menghadirkan diri dengan pelbagai urusan. Maka pihak universiti memutuskan begitu.
“Biarlah orang Nampak. Kita kan pasangan halal.”
Balas Najib.
“Jom. Diorang tengah tunggu Iqa untuk bergambar.”
Najib membawa Iqa menuju kearah orang tua mereka berdiri.
“Iqa!”
Sapa Seri salah seorang rakan sekelas Iqa.
“Untungnya kau Iqa. Baru tamat belajar terus kahwin. Sekarang ni dah ada anak lagi.”
Ucap Seri selepas mereka berpelukan.
“Alhamdulillah.”
Tersenyum Iqa mendengarnya.
Macam-macam aksi mereka bergambar. Bersama emak, bapak, ummi, abah dan adik-beradik Najib yang lain. Marwan turut diajak bersama.
“Lepas ni di rumah keluarga saya pula ya.”
Pesan Najib pada jurugambar professional yang diupahnya. Memang rancangan mereka begitu. Tempah untuk dua lokasi.
Memang sengaja dia mengupah sendiri sebuah studio untuk mengabadikan kenangan di majlis bersejarah isterinya ini. Tidak mahu bersesak menunggu giliran bergambar pada jurukamera yang telah diupah pihak kolej.
Lagi pula, di rumah nanti mereka akan bergambar dengan kedua hero kembar mereka yang sudah berusia 4 bulan: Muhammad Mu’az dan Muhammad Mus’ab.
“Love you abang.”
Bisik Iqa saat photoshoot hanya gandingan mereka berdua.
“Love you too sayang.”
Mereka bertatapan mata dan berpelukan. Jurukamera mengabadikan gambar mereka itu.
Begitulah hidup. Bila Allah kata jadi, maka jadilah biarpun kita tidak merancang ke arah itu dan kalau ditolak jauh sekalipun andai Allah dah takdirkan bersama atau sesuatu berlaku maka jadi juga dengan izinNya. Mungkin ada ibubapa yang berharap anaknya menjadi seorang jurutera tapi Allah takdirkan dia menjadi seorang doktor.Bila singgah ke kedai kita cadang nak beli aiskrim vanilla tapi tak ada jual pula waktu tu. Kita rancang nak berkawan dengan Senah tapi persahabatan kita lancar dan mudah terjalin dengan Tipah. Lumrah kehidupan.
Seperti bait lagu yang ada dalam iklan suatu ketika dulu: Ikan di laut, asam di darat dalam periuk bersama jua.
‘Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya,”Jadilah!”Maka jadilah sesuatu.’ (Surah Yaasin: 82)
Share this novel