Bab:4

Drama Completed 1274

"Keisha nak pergi mana ni?"Soal Puan Fesya apabila melihat anak angkatnya sudah bersiap cantik dan menutup aurat.
Keisha tersengih.Kini dia sudah memakai baju T-shirt bewarna biru muda manakala seluarnya pula bewarna coklat gelap.
"Keisha nak ke perpustakaan belakang sekolah tu ma."Balas Keisha.
Puan Fesya menyambung kerjanya.
Hazim turun dari tangga menuju ke ruang tamu.
"Mama... mama nak tahu sesuatu tak tentang abang Hazim?"Soal Keisha dengan sengaja.Baginya tidak salah Hazim bercinta dengan Ayla apatah lagi Ayla merupakan gadis yang baik dan pandai jaga diri.(menutup aurat)
Langkah Hazim terhenti.Matanya tajam merenung Keisha.Pandangan matanya memberitahu 'Jangan berani nak cakap apa-apa pada mama pasal Ayla !'
Keisha memandang Puan Fesya pula.
"Kenapa dengan Hazim?"Soalnya.
"Abang dah ada girlfriend mama tahu tak?"Soal Keisha dengan nada mengusik.
Hazim mengetap giginya.
Wajah tampannya kelihatan cuak.
Puan Fesya memandang Hazim dengan kerutan di dahi.
"Betul ke kamu dah ada girlfriend,Hazim?"Soal Puan Fesya untuk memastikan Keisha tidak berbohong.
"Err..."Hazim terkelu.Apa yang mahu dikata?Dia bukan jenis yang suka berbohong.
"Betul ma..."Jawab Hazim perlahan.
Keisha akhirnya tidak mampu menyembunyikan senyumannya lagi.
"Siapa?"Soal Puan Fesya lagi.
"Takpe mama.Esok Keisha bawak bakal kakak ipar Keisha datang tau mama ya?Bye abangku sayang..."Ujar Keisha dengan mesra lalu pantas berlalu keluar dari rumah.
Hehe ! Berjaya kenakan abang Hazim !

Immaz bangun dari tempat nya.Waktu rehat sudah tiba.Akan dia mengajak Keisha makan sekali nanti.
Namun hampir sahaja tangannya mahu menyentuh tombol pintu,dia terdengar suatu suara.Dia melekapkan telinganya pada pintu.
"Keisha tu takde bapa ke?"Soal Cikgu Vindy.Cikgu berbangsa India yang fasih berbahasa Melayu.
"Oh,Keisha tu dia bukan sahaja takde bapa,dia juga tiada ibu.Kesian kan?Saya baca dokumen dia hari tu,rupanya dia anak haram ! Anak tak sama taraflah katakan !"Ujar Cikgu Fasya,selaku cikgu pendidikan muzik.Dua ekoq ni memang suka bergosip.
Immaz tersentak.Keisha anak haram?!!Anak tak sah?Lututnya menggigil.
Hatinya terasa hancur.Keluarganya semuanya berketurunan mulia.Kaya dan menjaga maruah.Tetapi gadis yang diminatinya dalam diam merupakan anak tak sama tarah.Status yang paling hina !
Immaz menahan air matanya.Pedulikan perasaannya ! Maruah keluarganya jauh lebih berharga !
Tidak ! Apa yang berlaku pada Keisha bukan kesalahannya ! Itu kesalahan ibu dan ayahnya !
Hati Immaz seolah-olah berbolak balik.Semua pelajar sudah menuju ke kantin.Kini,hanya dia seorang yang berada di situ.
Hanya dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience