Bab:1

Drama Completed 1274

Keisha bangun.Dia mengambil tualanya lalu berlalu ke bilik air.Mandi.Pakai baju.Keringkan rambut.Keisha menguap.
Dia mengikat rambutnya menjadi satu.

"Keisha,bangun ! Hari pertama persekolahan !"Jerit mama angkat Keisha,Puan Fesya.
"Okey ma !"Sahut Keisha pula.
Dia mengambil anak tudung lalu memakainya lalu memakai tudung dua lapisnya pula.Dia menelek penampilannya di depan cermin.
Keisha tersenyum puas.
Keisha sebenarnya berwajah anggun,comel dan berkulit putih mulus.
Dia berambut panjang beralun hingga je pinggang.
Bibirnya merah jambu asli dan percakapannya lemah lembut.Malah Keisha merupakan seorang yang begitu menjaga auratnya.Itulah yang menyebabkan Puan Fesya mengambil Keisha sebagai anak angkat.
Keisha pernah mencuri dengar perbualan Puan Fesya dan Umi Melinda.
"Saya hairanlah.Budak baik dan cantik macam Keisha tu orang tak nak.Kenapa eh?"Soal Puan Fesya.
Keisha merapatkan telinganya ke pintu.
"Budak tu... macam mana nak cakap eh.Keisha tu sebenarnya... anak... anak tak sama taraf."Ujar Uminya.
Keisha jatuh melorot ke lantai.Terkejut yang amat.Patutlah semua orang yang datang bukan main lagi puji dirinya,tetapi seorang pun tak mengambilnya menjadi anak angkat.
"Astagfirullahalazim..."Ujar Puan Fesya.
"Masa saya jumpa dia depan pintu,ada surat mengatakan permohonan maaf dan nama Keisha.Surat tu siap bagitau lagi yang dia tu anak tak sama taraf."Jelas Umi Melinda.
Keisha menangis teresak-esak.
Dia anak haram.Dia adalah anak tak sama taraf...Wuu...

"Mama."Tegur Keisha.
"Eh,Keisha.Duduklah."Ujar Puan Fesya.
"Keisha !"Tegur Hazim.Hazim berumur 16 tahun.Dia merupakan abang angkat Keisha.Awal-awal lagi Hazim sudah berpesan pada Keisha bahawa mereka hanya adik-beradik.Tiada yang lebih dari itu.Bagi Keisha,Hazim memang tampan,dan baik.Namun dia tidak pernah merasai apakah itu perasaan cinta atau suka.Jadi padanya Hazim hanya abang tempat dia berkongsi kasih sayang mama dan papa.
"Hai,abang Hazim."Balas Keisha.
"Nervous eh,nak pegi sekolah baru?"Soal Hazim riang.
Keisha tersenyum.
"Sikit lah."Bohong Keisha.
Hazim ketawa.
"Keisha,Keisha tak payah tipu abang lah.Abang tahu Keisha nervous,kan?"Soal Hazim lagi.Wajahnya didekatkan ke wajah Keisha.
Keisha mahu menjawab,tetapi dipotong percakapan Puan Fesya.
"Hazim... jangan dekat sangat muka tu haa.Nanti ada yang jatuh cinta."Usik Puan Fesya.Senang sekali melihat kemesraan dua anak kesayangannya.
"Mama ni..."Keisha malu-malu kucing.
Hazim tersenyum cuma.
"Dah makan-makan !"Arah Puan Fesya.
"Kang lambat kang..."Ujar Puan Fesya lagi.
"Jatuh cinta dengan abang?Lambat lagi..."Ujar Keisha selamba.Hazim membuntangkan matanya.
"Eh,Keisha.Abang ni laku tau ! Keisha yang tak laku-laku."
"Eleh,berlagak."Ujar Keisha pula.
"Ish,makan !"Arah Puan Fesya lagi.
Mereka mana boleh makan dengan tenang.
Keisha merenung mata Hazim manakala Hazim pula merenung wajah Keisha.
'Ish,budak-budak ni !'Getus hati Puan Fesya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience