Bab akhir

Drama Completed 1274

"Hai,Immaz."Tegur Keisha.
"Hai."Immaz membalas selamba.
"Immaz... pasal Keisha anak luar.."
"Syhhh ! Maafkan Immaz,Keisha.Immaz yang salah.Immaz tak patut hina Keisha macam tu."Pinta Immaz.
"Takpe.Keisha faham.Sebenarnya,kalau Immaz tak bagitau kat keluarga Immaz pasal hal Keisha,diorang tak tahu pun,kan?"Soal Keisha mesra.
Immaz angguk.
Keisha senyum.
"So... kita dah... baik la ni?"Soal Keisha.
"Yap."Balas Immaz.
'Immaz ni dah kenapa?Sepatah aku tanya,sepatah dia jawab !'bisik hati Keisha.

"Keisha !!! Tepilah ! Kau ni,berani berani nak rampas mommy aku ! Sudahlah kau rampas Immaz aku ! Sekarang kau nak rampas mommy aku pulak !"Tengking Farah kasar.Dia menarik tudung Keisha.
"Lepaslah,Farah !!!"Marah Keisha.
"FARAH ! Jangan sentuh Keisha aku."Immaz memarahi Farah.
"Apa?!!"Farah tidak puas hati.
Dia menjeling Keisha yang sedang membetulkan tudung.
"Immaz... thank you."Ujarnya.
"Farah tu dah melampau lah !"Balas Immaz tidak puas hati juga.
"Biarkanlah dia.Bukan betul sangat pun dia tu.Jangan layan sangat."Terang Keisha.
"Immaz... mama Keisha nak... sebenarnya Keisha nak ajak Immaz datang rumah Keisha malam ni.Kita makan malam sama-sama?"Soalnya perlahan.
Immaz terkedu.
"Tapi kalau Immaz tak nak takpelah..."Ujar Keisha pantas.
"Tak ! TAK ! Immaz nak.Okey,nanti Immaz datang."Balasnya juga pantas.
Keisha akhirnya mampu tersenyum.
"Baguslah ! Jumpa nanti."Balas Keisha berpuas hati.

Tok tok tok !Keisha bergegas membuka pintu.
"Assalamualaikum."Ujar Immaz.
"Waalaikumussalam."Jawab Keisha.
"Immaz ! Jemputlah masuk !"Ujar Hazim mesra.
"Aik?Senior Ayla pun ada?"Soalnya hairan.
"Yelah... bakal kakak ipar ni."Usik Keisha girang.
"Owh..."Mulut Immaz membulat.Wajah Ayla memerah.
"Keisha !"Tegur Hazim tidak suka adiknya mengusik Ayla begitu.
"Ops ! Maaf abang."Pinta Keisha masih dengan senyuman nakalnya.
"Haa... itu dia Immaz Keisha datang.Jemput duduk ! Jemput duduk ! Makan banyak-banyak ya.Banyak mama masak ni."Ujar Puan Fesya mesra.
Immaz tersenyum.
Keluarga ini memang bahagia.


Tamat

Hai pembaca semua.
Terima kasih sebab sudi baca novel Ginny.
Nanti InsyaAllah Ginny akan buat Pure Love 2 untuk kehidupan Keisha dengan Immaz yang mencabar kerana keluarga Immaz yang tidak suka dengan status Keisha.
Nantikan ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience