Bab:7

Drama Completed 1274

"Hazim dah balik !"Jerit Hazim kuat.
Keisha menjenguk.
"Lambat abang balik?"Soalnya.Puan Fesya mendekati sofa.Penat katanya.
Hazim tersenyum cuma.
"Haa abang... mana gadis kesayangan abang tu?"Usik Keisha.Puan Fesya memandang Hazim.
"Ha ah Hazim.Mana?"Soalnya pula.Hazim menggaru kepalanya.Kenapa mama dengan Keisha ni?Bersepakat ke?
"Ayla abang ada di luar lah Keisha."Ujar Hazim selamba.Sedar tak sedar dia sudah sebut 'Ayla abang.'
Keisha dan Puan Fesya memandang serentak.
"Ayla ! Masuklah !"Panggil Hazim.Ayla berjalan masuk dengan penuh keanggunan.Terserlah kecantikannya dengan memakai baju labuh bewarna ungu menutupi bahagian pinggul.Seluar track menutupi pergelangan kaki.Sambil memakai tudung 'ariani' bewarna biru terang yang menutupi dadanya.Cantiknya ciptaan tuhan ya hamba Allah sekalian...
Puan Fesya bangun dari duduknya.
"MasyaAllah ! Jelita betul makwe Hazim eh?Pandai Hazim pilih !"Usik Puan Fesya membuat Ayla tersipu-sipu.
Hazim mendekati Ayla.
"Ayla,ni mama Hazim.Panggil dia mama je,okey?"Giliran Hazim pula mengusik Ayla.Bukan dia tidak tahu memang begitu cara pemakaian Ayla.Tetapi dengan semburan minyak wangi lagi.Pergh ! Jatuh gugur imanku...
Mata Puan Fesya membulat.Gatal sungguh anak terunanya seorang !
"Ayla ya nama?Sedap nama.Sesedap mata memandang tuannya."Puji Puan Fesya tanpa henti.Ayla menunduk memandang kakinya.Keluarga Hazim ini manis seperti gula !

"Ayla,tengok apa tu?"Soal Keisha apabial perasankan mata Ayla yang tidak memandang televisyen sebaliknya memandang ke luar jendela.
"Takut tengok cerita hantu lah tu."Selamba Hazim berkata.Maklumlah tengah tgk cerita hantu sekarang ni kat tv.
"Bukanlah !"Marah Ayla seraya menampar paha Hazim.Pantang dirinya dipanggil penakut.
"Ayla tengok luar lah cik abang oii... hujan tu hah.Macam mana Ayla nak balik?Nanti ibu Ayla marah."Sebak sekali nadanya.Mata Ayla bergenang.Hazim merasa serba salah.
Keisha hanya memandang.
"Ayla... Hazim mintak maaf ya?"Pintanya.
Ayla mengelap matanya.
"Bukanlah ! Ayla cuma... tak suka guruh.Ayla..."
GEDUM !
"IBUUU !!!!"Ayla menjerit sekuat mungkin.Hazim dan Keisha terkejut.Jeritan Ayla menunjukkan yang dia begitu takut.
Kelihatan petir menyambar.
"Keisha,tutup tv."Arah Hazim.Dia melabuhkan punggung disebelah Ayla yang menggigil sambil menutup mata dan telinganya.Dahi Ayla berpeluh.
"Ayla... kenapa ni?"Soalnya ambil berat.Tangannya menyentuh bahu Ayla.Mahu menenangkannya.
"Ayla..."
DUM !
Ayla terus memeluk Hazim.Fobianya pada guruh semakin kronik.
Hazim terpempan.Keisha juga.
Hazim dapat merasakan tubuh Ayla yang menggigil begitu hebat.Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan.Ayla pasti tak suka jika dirinya dipeluk.
Puan Fesya muncul. Dia terkejut melihat Ayla sedang memeluk Hazim sambil air mata mengalir dari matanya.
"Kenapa dengan Ayla,Hazim?"Soalnya.
Hazim memandang Puan Fesya.
"Mama,Hazim rasa... Ayla ni fobia dengan guruh kot.Dengar bunyi guruh dia terus jadi macam ni."Terang Hazim.Guruh kedengaran seperti sudah berhenti.Hazim memegang tubuh Ayla untuk berpandangan dengannya.
"Ayla,buka mata.Dah takde apa dah.Lagipun,Hazim kan ada?"Pujuknya lembut.Cair doh dengar !
Ayla membuka juga perlahan-lahan menjauh dari telinganya.
Dia memandang sekeliling.
"Maafkan Ayla,Hazim..."Pintanya perlahan dengan suara serak tiba-tiba.
"Takpelah Ayla... Apa kata Ayla tido kat sini?Nanti Aunty telefon ibu Ayla ya?Esok kan cuti sekolah.Ya?"Pujuk Puan Fesya pula.Diluar masih hujan.Risau keadaan Ayla pula nanti.
Ayla angguk.

Share this novel

Chimmynie
2020-03-09 17:49:28 

Cair doh

Chimmynie
2020-03-09 17:49:13 

Saja kan. Haahha


NovelPlus Premium

The best ads free experience