Bab:2

Drama Completed 1274

Keisha menghembus nafas payah.Sekolah Menengah Sri Cahya.Besar sekali sekolahnya.Benarlah kata Hazim.Nervousnya MashaAllah...
"Bismillah..."Keisha berdoa agar harinya bakal berlalu dengan pantas dan berjalan lancar.
Kakinya mengatur langkah kemas dan yakin.
"Tumpang tanya,pejabat kat mana?"Soal Keisha selepas mencuit bahu seorang pelajar lelaki.Lelaki itu menoleh.
Keisha terkedu.Tampannya !
Berwajah tampan,berkulit putih mulus seperti pelajar perempuan.Malah berkening tebal pula ! Seperti Do Kyung Soo gitu...
"Kau ni budak baru ke?"Soalnya.
Keisha tersenyum.
"Ya."
"Aku Immaz."Immaz menghulurkan tangannya.Keisha tidak menyambut.
"Aku Keisha.Selamat berkenalan."Keisha berbudi bahasa.
Immaz memandang Keisha atas bawah.
"Pejabat dekat bawah tangga dekat bangunan sana."Jelas Immaz sambil menunjukkan jalannya.
"Oh,terima kasih."Ucap Keisha lalu berlalu.
Matanya melilau melihat sekeliling.
Semua pelajar di sekolah itu glamour glamour dan mewah.Malah pelajarnya semua cantik-cantik dan tampan.
Keisha menggenggam tangannya tanda teruja.
Seronoklah aku bersekolah kat sini !

Di situ terdapat 3 kelas.Kelas pertama bernama Kelas 3 Sempurna.Merupakan kelas paling bijak.Kelas kedua bernama Kelas Bless You.Kelas ketiga merupakan kelas paling corot,Kelas 3 NGU.(Never Give Up)
Keisha dimasukkan ke kelas pertama.Kerana di sekolah lamanya,dia satu-satunya murid yang paling berbakat.Seorang yang pandai menari,menutup aurat,dan bijak.Suara Keisha juga agak merdu.

"Kelas,kita ada pelajar baru hari ni,namanya Keisha.Keisha,jemput masuk."Jemput Cikgu Qaishara.
Keisha melangkah dengan penuh yakin dan sopan.
"Apa kata kamu memperkenalkan diri kamu kepada kelas,Keisha?"Soal Cikgu Qaishara.
Keisha tersenyum.Matanya terpandangkan wajah tampan Immaz.
Dia menghalakan senyumnya pada Immaz.Immaz tidak peduli.Farah menjeling Keisha dari jauh.
"Saya Keisha Ayuni.Panggillah saya Keisha atau Ayuni.Atau apa-apa yang sedap didengari."ujar Keisha.
Kelas senyap sunyi.Malah ada yang buat tidak peduli langsung.(Immaz lah tu)
Senyuman Keisha bertukar hambar.
Cikgu Qaishara perasan perubahan Keisha.Dia cuba mengubah topik.
"Keisha,duduk sebelah Immaz."Ujarnya.
Keisha akur.Ketika dia mahu melabuhkan punggung,gadis berambut pendek di belakangnya cuba menarik kerusinya,dalam erti kata lain,dia mahu mengenakan Keisha.
Tetapi Keisha tidak jadi duduk kerana .Mahu membetulkan kainnya,kemudian dia ternampak kerusinya jauh dibelakang,dia menariknya secara sopan lalu duduk.
Gadis berambut pendek itu merengus.
Immaz pula tersenyum dalam diam.
Loceng berbunyi.Sekarang waktu rehat.
Keisha mengemas mejanya.Dia mengikuti langkah orang lain.
Kantin mereka memang besar.Agaknya sekolah ini memang sekolah untuk orang kaya agaknya.Sayang sekali waktu rehatnya tidak sama dengan Hazim.Jika tidak pasti dia boleh makan bersama-sama dengan abangnya.
Meja semuanya penuh.Keisha menarik nafas dalam.
'Makanlah kat mana pun asalkan bukan tepi longkang ataupun tandas.'Bisik hati Keisha.
Keisha membeli makanan lalu berlalu mencari meja.
Meja semuanya penuh.
Keisha menggaru kepalanya.
'Nak makan kat mana?'Soal hatinya.
Immaz menepuk bahu Keisha.
"Astagfirullahalazim..."Melatah Keisha.
Immaz tersentak.Tak pernah-pernah orang kat sekolah ni melatah macam tu.
'Keisha ni lain...'Bisik hati Immaz.
Keisha memandang wajah Immaz.
"Kenapa,Immaz?Immaz pun takde tempat ke?"Soalnya.
Immaz ketawa besar.Gadis di meja lain mencuri pandang ke arah mereka.
"Aku?Takde tempat?Tempat aku kat mana mana je,Keisha."Sombong sekali kata-kata Immaz.Anak orang kayalah katakan.
"Kau tu yang takde tempat."Ujar Immaz sinis.
Keisha menunduk.Merasa rendah diri.
"Dah lah.Jom,makan dengan aku."Ajak Immaz lembut.Wajah anggun Keisha sememangnya menawan hatinya sejak pertama kali mereka bertemu.
Keisha diam.Immaz malas menunggu lama.Dia menarik tangan Keisha agar Keisha mengikuti langkahnya.
Dia tidak mempedulikan mata lain yang memandang.Immaz kan tampan.Immaz merupakan orang kedua di sekolah ini yang paling disukai yang diminati ramai.Kerana Hazim merupakan orang pertama yang paling dihormati,disukai dan diminati.
"Immaz... sakitlah !"marah Keisha.Genggaman Immaz terlalu kuat bagi tangannya yang mulus dan berkulit lembut.Immaz buat tidak peduli seperti biasa.
Immaz berkata,"Duduk !"Arahnya.
Keisha akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience