Bab:9

Drama Completed 1274

"Hei,Keisha.Immaz nak jumpa kau lah."Ujar seorang gadis berambut beralun bertocang satu.Farah berada di sebelahnya.
"Yakah?Di mana?"Soalnya.
"Kat stor.Hal yang peribadi katanya."Ujar Farah pula.
"Mana korang ta..."
"Ikut je lah !"Pintas Farah lalu merampas tangannya.
Apabila mereka sampai ke bilik stor sukan mereka,Keisha melangkah masuk.Tetapi suasana gelap sahaja.
"Im..."
Farah menolak tubuhnya kuat.Pintu dihempas.
Farah ketawa.
"Kau duduklah dalam tu sampai esok.Kau ingat Immaz nak cakap dengan anak haram macam kau ke,hah?!! dalam mimpilah !"Jerkah Farah puas.
Keisha bangun.
"Farah,bukak !!! Kasihanilah aku... tolonglah bukak !"Pinta Keisha.Dia mengetuk pintu sekuat yang boleh.
Tetapi suara mereka sudah tidak kedengaran.
Keisha mula teresak-esak.
"Immaz..."Tangisnya.
Pintu terbuka.
Immaz tercegat melihat Keisha menangis sebegitu.
"Kei... Keisha?"
Keisha bangun.Mendekati Immaz.
Dia menggenggam kedua bahu Immaz.
"Immaz... tolonglah dengar penjelasan aku dulu,Immaz..."Rayu Keisha.
Immaz merenung mata Keisha.Simpatinya melimpah-ruah.
Tetapi maruah keluarganya lebih penting.
Dia menolak kasar tangan Keisha dari bahunya.
"Perangai kau,mesti sama macam perangai tak senonoh mak kau,kan?!! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Aku tak nak dengar apa-apa !!!"Tengking Immaz.
Dia meninggalkan Keisha keseorangan.
Keisha menangis tidak berpenghujung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience