Bab:8

Drama Completed 1274

"Ayla mana,ma?"Soal Hazim.Tak nampak batang hidung Ayla langsung.
"Bangun-bangun terus tanya Ayla kat mana?"Usik Puan Fesya.
Hazim buat tak peduli.Matanya sibuk mencari kelibat Ayla.
"Ayla kat luar tu hah.Ada dengan Keisha.Payah betul orang tgh bercinta.Tak boleh jauh langsung."Sindir Puan Fesya.
Hazim berlalu keluar.
Matanya menangkap kelibat Ayla yang sedang ralik menyiram pokok bunga di halaman rumah Hazim yang luas.
Hazim mendekatinya.Ayla langsung tidak menyedari kehadiran Hazim.
"PAA !"Sergah Hazim.
"Hah !"Jerit Ayla lalu jatuh terduduk sambil menutup mata dengan kedua belah tangannya menutup telinga.
Hazim terkejut melihat reaksi Ayla yang sungguh tidak dijangka itu.
Keisha mendekati dengan menggelabah.
"Kenapa bang?"Soalnya kalut.
Hazim bertinggung memandang Ayla.
"Ayla... kenapa takut sangat ni?Hazim je lah."Ujar Hazim.Dia merenung Ayla.
Ayla membuka mata.Dia segera bangun.
"Tak sukalah Hazim ni !"Marah Ayla dengan lantang.Tangannya menumbuk-numbuk bahagian bahu kanan Hazim.
Hazim hanya membiarkan.Kuat macam mana sekali pun Ayla pukul,bukannya sakit pun...
Keisha menghentikan tindakan Ayla.
"Kak Ayla,sudahlah ! Jom kita masuk?"Pujuk Keisha tak mahu abangnya kesakitan.Ayla mengekori Keisha.Hazim memandang dari jauh.
'Apa kena dengan Ayla ni?'bisik hatinya.Tak pernah-pernah Ayla jadi macam ni.
Hazim akhirnya berlalu memasuki rumah.

"Hei anak haram ! Rahsia kau dah pecah lah ! Tengok muka pun tahu yang kau tu anak haram ! Pakai tudung bajet alim !"Hina Farah.Hatinya tidak pernah senang dengan kehadiran Keisha.
"Habistu kau nak aku bajet kafir?!!"Balas Keisha dengan berani.Dia tak kan bagi muka ! Mesti lawan !
Farah membuntangkan matanya.Berani melawan !
"Dah kafir tu buatlah cara kafir !!!"Jerit Farah.
PANG !
Semua orang tergamam.Farah mahu membalas,tetapi tangannya ditangkap seseorang.Dia menoleh.
"Immaz !"Farah terkejut.
Keisha lagilah terkejut.
Immaz membelanya.
"Cikgu Qaishara dah nak sampai,kalau kau nak kena buang sekolah,silakan."Ujar Immaz dengan kasar melepaskan tangan Farah.Farah merengus.Dia menudingkan tangannya tepat ke muka Keisha.
"Kau tunggu !"Ujarnya lalu berlalu.Keisha memandang Immaz.
"Immaz !"Panggilnya.
Immaz buat tak dengar.
Keisha mendekatinya.
"Immaz please... jangan buat Keisha macam ni.Immaz sebenarnya marah apa dengan Keisha?"Soalnya perlahan tidak mahu sesiapa dengar.
Immaz merenung Keisha.
"Sebab kau anak haram !"
"Immaz !"Marah Cikgu Qaishara.
Immaz memandang Cikgu Qaishara.
Keisha kaku.Immaz masih tak berubah.
"Jumpa cikgu lepas habis kelas !"Tegas Cikgu Qaishara.
Immaz diam.Keisha kembali ke tempatnya tetapi masih kaku seperti robot.
Terasa mahu menangis sekarang juga.

Share this novel

Chimmynie
2020-03-09 17:52:18 

"Habistu kau nak aku bajet kafir" Savage..........


NovelPlus Premium

The best ads free experience