Bab:11

Drama Completed 1274

"Tengok dia tu.Perasan cantik,ada hati nak kat Immaz.Bertuah je pun dpt jadi adik Hazim oppa kita tu,kan?"
"Betul tu,nyampah betul lah aku tengok dia ni.Pakai tudung bagai.Ketinggalan zaman betul !"
Mata-mata menjeling Keisha yang kini berseorangan.
Dirinya dihina,diumpat,dikeji dan disakiti.
'Ibu... di mana ibu di saat ibu diperlukan?'bisik hati Keisha.
Ketika dia berselisih dengan seorang wanita di luar pagar sekolah,bulu roma Keisha meremang.Dia menoleh.
Wanita itu tidak bertudung,berambut coklat beralun,memiliki mata bulat sepertinya.
Keisha tergamam.Wanita itu begitu seiras dengannya.
"Ibu?"Spontan mulutnya menyebut.Wanita itu menoleh memandangnya.
Untuk seketika mata mereka bertentang.
Wanita itu mahu berkata sesuatu tetapi tidak terkata.
"Mommy !"Farah menjerit riang sambil memeluk wanita itu.Wanita itu menoleh pula.
"Fa... Farah !"wanita itu bersuara.
Farah menjeling Keisha.
"Apa kau tengok?Anak haram tak sedar diri,..."Hina Farah tanpa mempedulikan mommynya.
"Farah !"Marah wanita tersebut.
Wanita itu memandang Keisha.
'Anak haram?Jangan - jangan Keisha ni anak...'
Wanita itu mendekati Keisha.
"Kamu ni..."
"Keisha !"Hazim mendekati Keisha.
"Abang?"Jawab Keisha.
"Jom la balik,Keisha..."Ujar Ayla pula.
Keisha angguk.
Wanita itu termakngut keseorangan.
"Mama ni,jom lahh..."Rungut Farah sambil menarik-narik tangan mamanya.
Wanita itu akhirnya akur.

"Maafkan saya Puan.Tapi saya betul-betul pasti yang Keisha ni... anak saya."Ujar seorang wanita.Puan Fesya tersentak.
Keisha tergamam.Itu wanita yang dia jumpai di sekolah !
"Apa... bukti Puan nak cakap begitu?"Soal Puan Fesya.
"Keisha... itu nama budak yang... saya lahirkan.Dia tu,anak tak sah taraf.Saya terlanjur dengan teman lelaki saya.Waktu tu saya muda lagi ! Terpengaruh dengan perangai buruk rakan... saya tinggalkan Keisha di rumah anak yatim.Namakan dia Keisha dan akhirnya..."Wanita itu terdiam.
Puan Fesya menahan kemarahan.Dia beristighfar.
Keisha berlari memasuki biliknya.Puan Festa dan wanita itu menoleh.
"Keisha !"Puan Fesya memanggil.
Keisha memasuki selimutnya dan menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience