BAB 2

Romance Completed 2843

“Apa maksud kau? Follow Instagram kau ke? Apa nama intsa kau?” tanpa berfikir panjang aku yang naif dan polos ini laju saja bertanya soalan yang mungkin tidak berkaitan.

“Bukanlah, oh kau tak faham eh? Okay kalau macam tu lupakanlah niat kau nak tengok aku diet.” .Amboi agak biadap di situ, takde ucap salam atau say goodbye sesuka hati dia je blah tinggalkan aku.

Paling haru, dia jalan berlenggang tapi boleh pula melanggar pintu yng terbentang luas itu sedangkan mamat ni bukannya ada masalah penglihatan pun.

Kau dah semakin Parah ni Alex.

Hari demi hari, lagakku tak ubah seperti coach kesihatan yang sentiasa memerhatikan pola pemakanan tak stabil dan kronik Alex ini.

Bukan tujuan aku nak ‘membawang” terus, aku tahu aku tak menyumbang sesen pun bagi duit makan kat Alex hatta sedekah beras kat mamat ni namun dah dia duduk sebelah aku, ruang tempat duduk aku pula makin hari makin kecil saiznya. Jadi sering sahaja aku mengadu dan merintih agar Alex berdiet apatah lagi dengan saiz badannya yang gempal itu, bau peluh jantannya juga makin kuat merecik semerbak.

Yelah lelaki berpeluh lebih kuat dari perempuan kan? Dengan peluh yang merecik deras hatta cuma berjalan beberapa ratus meter sahaja, aroma peluh alex cukup buat aku mabuk kepayang.

Aku sepertinya putus asa untuk ajak dia berdiet, dan aku kira hari untuk melihat dia mengamalkan gaya hidup sihat takkan pernah hadir hinggalah hari kiamat.

Namun ramalan ku salah belaka, hari yang dinanti tiba.

“Wah macam tak percaya yang akhirnya kau reti juga berdiet Alex! Alhamdulillah. Semoga istiqomah dalam berdiet, aku sebagai kawan sekelas akan memberi sokongan padu pada kau! I got your back!” kataku memberi semangat pada Alex saat melihat dia cuma meneguk sebotol teh hijau sahaja ketika semua orang sedang menjamah bekal makanan tengahar mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience