BAB 3

Romance Completed 2843

“Apa kau cakap kirana? Diet? No never ever! Kau belum follow aku lagi so mustahil aku nak diet. Hanya sebab aku teguk teh hijau bukan bermakna aku diet, dah makcik kantin bagi free, aku bedal jelah, minuman makanan free ni pantang ditolak, rezeki! AKu minum pun sebab nak tercekik, kalau ikutkan hati aku baik aku bedal minuman bergas, teh tarik semua dari minuman tasteless macam ni.” jawabnya tegas.

Allahuakbar, mamat ni dah gedempol macam karekter Majin Buu dalam siri komik Dragon Ball-Z. Masih nekad dengan prinsip No Diet-nya, jadi sebab kekenyangan dan terpaksa saja dia meneguk teh hijau itu bukan sebagai inisiatif untuk berdiet seperti kebanyakan orang yang minum teh hijau untuk meningkatkan metabolisme?

“Kau explain dengan aku sat, kau ni tak sudah-sudah dengan Follow kau. Apa kau nak sebenarnya ni? Okay dah, aku follow kau! Puas hati? Consider done?”

“Baiklah! Bagus! Jangan sama sekali ‘UNFOLLOW’ aku nanti tahulah nasib kau. I will follow you back kirana!” sambungnya dengan bahasa inggeris caca-merba, nama saja anak mat salleh tapi Bahasa Inggeris kau berterabur.

“Baiklah kalau itu yang kau nak mangkuk!” bisikku dalam hati, gila takkanlah aku berani nak kata dia mangkuk tak pasal-pasal dia taknak berdiet pula sebab mulut celupar aku ni.

Namun kerana isu diet dan follow-unfollow ni, aku lebih rapat dengan si putih aka Alex ni. Bahkan topik Follo-Unfollow ni boleh jadi isu crucial bagi hubungan persahabatan kami kerana selalunya ia dijadikan ugutan oleh kedua-dua belah pihak.

“Oh kau cari pasal ya? Fine mulai hari ini aku Unfollow kau!” ugutku.

“Okay you unfollow me, remember what I told you? I will unfollow you and wil never ever diet! Say no to diet!” Ugut Alex padaku.

Ya hampir saban hari hubungan kami terikat dan terlerai dengan isu diet dan follow-unfollow ini dan tanpa sedar hubungan kami semakin akrab. Namun apalah fungsi FOLLOW ini sekiranya Alex tak pernah sekalipun berdiet.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience