Diet punya pasal, hampir 20 minit Alex mengejarku sepanjang koridor sekolah, termengah-mengah dia mengejarku.
Bagus! Ini boleh dijadikan taktik terbaru bagi dia bersenam dan dalam masa yang sama ‘membunuh’ masa melahap dia yang non stop itu.
Aku baru sahaja mahu menukar pakaian sukan untuk subjek seterusnya, elok aku nak mengambil seluar trek, satu kotak dengan logo Swarovski terselit di dalam gumpalan baju ku itu.
Aku membukanya dan ternyata ia adalah gelang Kristal rona biru universe yang aku inginkan. Ada satu nota kecil pada kotak itu dan aku membukanya.
Dear Kirana Sakti,
Terimalah souvenir dari kota London untuk teman sekelas, Tongeng, coach dan bestie aku yang tersayang dengan ucapan, could you please follow me on Instagram and follow me wherever I go?
Apakata kita buat perjanjian baru?
Ikhlas,
Alex Hanson Jr. Abdullah
FOLLOW ME PLEASE???
Alex!!! Tak habis-habis lagi kau ni!!!!
Share this novel