Pagi itu berlangsung seperti biasa, sama seperti hari-hari sebelumnya. Aku menyelesaikan tugasan akhir sebelum pulang dan kebetulan Alex juga belum pulang pada waktu itu.
“Kirana.. could you please Follow me lagi ya.. please.” Tutur Alex pelik, baru pertama kali Alex memulakan bicara tanpa perlu menyakat, marah atau membebel.
Kali ini butir bicaranya jelas apa mahunya. AKu juga terkejut dengan sikapnya. Paling penting dia tak pernah memulakan bicara kalau merajuk, pasti setiap kali kami tidak bertegur sapa, akulah orang pertama yang menjernihkan keadaan.
“Baiklah, aku janji akan follow kau lagi tapi dengan satu syarat?” balasku dengan senyuman manis menawan yang aku harap dia tertawan.
“Baiklah! Apa syaratnya?”
“Mudah saja! Aku rasa kau pun sedia maklum. Syaratnya begini, aku akan follow kau sampai bila-bila, tapi kau kena pastikan kalau aku dah follow kau tu kau kena teruskan dengan plan diet. Aku mahu lihat kau fit dan sihat selepas cuti nanti, bukan kurus tapi fit dan bertenaga faham tak? Tu dua benda berbeza. Itu syarat aku.” Jelasku.
“Baiklah! Aku setuju dan sahut cabaran itu. Janji kau follow aku,” jawabnya tenang sambil membuat pinky promise dengan aku.
“Wah setuju? Serius? Baiklah! Macam ni baru semangat dan positive.” Aku membalas simpulan jari itu sebagai tanda termeterai perjanjian antara kami.
“Baiklah nantikan transformasi aku ya, aku pulang dulu!” ujar Alex yang bergegas keluar dari kelas kerana Pak Samad, pemandu peribadinya sudah siap di hadapan sekolah menjemputnya balik.
Sepanjang cuti ini jiwaku sedikit tenang, meski tiada ke mana-mana seperti kawan-kawan lain yang bercuti baik di dalam negeri mahupun di luar negara namun jiwaku tenang tanpa perlu mengawasi pemakanan Alex atau bertekak setiap kali dia mungkir janji. Jiwaku tenang.
Share this novel