“Bila masanya aku nak kena reject? AKu yang reject orang adalah. Kau jangan pandang aku sebelah mata, sungguhpun aku tomboy aku bukan perempuan jadian, tulen 100% okay!”
“Habis tu apa yang membuat muka kau yang gebu itu tiba-tiba monyong macam orang hilang laki?” tanya Alex tak berpuas hati.
“Pertama sebbab aku dah tak lagi duduk sebelah kau sejak pertukaran semester ni. Dan yang kedua, tak lama lagi cuti semester tapi aku dapat tahu daripada mama aku semalam yang aku takkan bercuti ke mana-mana sebab bapa aku sibuk dengan persidangan dan mesyuarat antarabangsa. Dan yang ketiga..” belum sempat aku habiskan point aku yang ketiga laju saja Alex menyampuk.
“What? Did I heard you said you sad? Just because you cant sit next to me? Yelah dah namanya pun cuti, esok-esok pasti kedudukan tempat duduk pasti berubah. Kenapa kau sedih? Sebab aku handsome kan? Sebab kau jatuh cinta pada aku kan? Jadinya kau tak nak berpisah dengan aku?”
“Hello, tolong sikit ya, aku tu cuma nak monitor pemakanan kau saja, dah nama pun kau angkat aku sebagai coach diet kau. Hello Mat Salleh si putih celup, perasan betul kau ni, aku unfollow baru kau tahu!” gurauku cuba mengungutnya.
“Baiklah Kirana, kau tak suka aku tapi janganlah unfollow aku. Yalah kalau macam tu aku tak jadi diet, macam mana?”
“Up to you, your body is your temple, terserah kau nak buat badan kau besar macam mana,” aku bingkas bangun dan terus saja tinggalkan Alex yang terpinga-pinga.
Sejak dari hari itu, tahap gurauan dan perbualan aku dengan Alex sudah upgrade ke satu tahap.
Kami mulai bergurau kasar dan adakalanya sudah tidak malu untuk mempamerkan sikap ambil berat sesama kami. Hinggalah pada hari terakhir sesi persekolahan tiba.
Share this novel