Pada minggu terakhir sebelum cuti sekolah berakhir, ibu dan pak long sekeluarga membawa kami adik beradik bercuti ke tanah tinggi, bermalam selama 3 hari 2 malam di kawasan pergunungan yang sejuk dan mendamaikan sudah cukup baik, sekuranh-kurangnya tidaklah aku sekadar terperuk di rumah, membaca buku, menonton TV dan terkongkang di rumah.
Tak produktif langsung. Mujur Ayah pulang dari Amerika Syarikat membawa lambakan beg tangan, jaket idaman dan barangan kosmetik untukku, sekruang-kurangnya cuti sekolah ku ini tidak berlalu hambar.
Apa khabar agaknya Alex, aku malas nak ambik kisah pasal Alex tapi bila aku kemaskini Instagram, postingan foto daripda Alex di laman Instagram terpampang di bahagian teratas timeline aku, dari foto-foto yang dimuat naik, Alex seperti kekal dengan pola makanan sihat, telur, overnight oat, buah-buahan dan sayur-sayuran organic, wah makanan dia lebih sihat daripada pemakanan aku.
Aku mulai rasa tergugat kot-kot lepas ni Alex bertukar menjadi kacak dan menjadi kegilaan awek-awek di sekolah. Sedangkan dia yang bersaiz teddy bear tu pun ramai yang menyelit nak ajak ber-couple inikan pula bila dia dah sado.
Dua minggu kemudian usai cuti semester berakhir.
“Ya Allah Alex ? Apa nak jadi dengan kau ni, kata nak transform sudahnya kau transform sebijik macam Hulk. Makin subur aku tengok badan kau ni! Argh stress betul dengan kau ni! Dah lupakan saja perjanjian kita. Mulai hari ini aku UNFOLLOW kau! Muktamad!” ujarku yang agak terkejut tahap beruk melihat perubahan mendadak Alex selepas sebulan bercuti.
“Ampun! Ampun Kirana! Memang susah nak diet lebih-lebih lagi time cuti. Kau bukan tak tahu London musim sejuk, sikit-sikit lapar dahlah makanan kat sana murah-murah dan portionnya besar boleh makan satu rumah! Aku gagal tahan nafsu, sikitpun tak terluak nafsu aku ni. Bukan kau je hairan, aku yang tuan empunya badan mu rasa hairan tau tak?” jelas Alex panjang lebar. Namun aku sudah tak mahu dengar lagi.
Alex mengejarku cuba menuntut agar aku mempertimbangkan keputusan ku. Jika dia katakan NO DIET FOREVER boleh tak kalau aku kata yang aku nak UNFOLLOW dia forever?
Share this novel