Ya begitulah keakrabanku dengan Alex . Follow and unfollow selalu aja. Tetapi apa guna follow-follow gitu kalau Alex gak pernah diet.
Yelah, dah namanyapun nafsu kan. Orang lain aku tak tahulah nafsunya style mana, kalau aku nafsu shopping dan nafsu nak cantik, tapi Alex ni jelah satu-satu manusia yang aku pasti nafsunya lebih kepada makan berbanding nafsu kepada perempuan.
Elok sebenarnya dia dijadikan calon kekasih, Melissa perempuan paling cun kat sekolah ni yang dok tergilakan Alex gedempol ni langsung tak dipandang Alex.
Dia lagi berseleran dengan nasi Kukus Berempah dan Nasi kerabu yang dilahapnya . Sebab tu aku faham susah dia nak kawal nafsu makan membuas yang sudah menjadi habitnya.
Kini, aku sudah tidak lagi duduk di sebelah Alex, Di sebelah kiriku Ayona dan di sebelah kananku Ravi. Ya aku sebenarnya kecewa sedikit tentang kedudukan tempat duduk ini.
Meskipun kedudukan tempat dudukku tak jauh daripada Alex, namun entah mengapa bagai ada rasa sedih menjengah.
Hari itu, aku menatap wajah Alex dengan penuh sayu dan sedih. Lama ku renung wajahnya hingga tak sedar, perlahan-demi perlahan dia datang menghampiriku.
“Apahal kau dok usha-usha aku? Aku handsome kan?” tanyanya.
“Hish kau ni Jebon betullah, orang lagi berdukacita kau sesuka hati tak ada empati ajak aku bergurau.”
“Aduh-aduh si Tongeng ni bersedih pula, dah kenapa ni cinta kena reject ke?”tanya Alex berseloroh namun sebenarnya dia cuba memujukku.
Ya Tongeng adalah nama glamor ku di sekolah, gabungan perkataan tomboy dan cengeng = Tongeng.
Satu nama yang dicipta oleh Alex sendiri dan Alex seorang sahaja yang boleh menyebutnya, kalau orang lain mahu makan kaki aku kerjakan.
Share this novel