Aku pandang lelaki yang semalam duduk di bangku bersebelahanku, lama ku pandang namun tak sekali pun dia membalas pandanganku semula.
“Alex, bila kau ni nak diet? Minggu lepas bukan main kau sembang pada aku yang kau nak diet. Tapi ni tengok hari ini kau asyik melantak je. Tadi kau dah makan nasi sesi rehat yang pertama dan kedua, lepas tu sekarang ni kau bedal lagi nasi lemak dua bungkus, dah nak licin ak tengok. Kau nak berlatih jadi Hulk ke?” tanyaku yang sebenarnya agak terkejut melihat makanan yang dijamahnya hampir licin dalam masa lima minit sahaja. Ni manusia ke bela saka?
Oh ya terlupa untuk aku memperkenalkan diri, nama ku Kirana.
“Wey Kirana, kau nak tahu tak bila aku diet?” Laju saja Alex menoleh cuba membuat lawak bodohnya.
Ya nama teman ku ini Alex, Alex Hansom nama penuhnya namun dikalangan teman-teman rapatnya dia dipanggil Si putih. Mungkin juga sebab dia merupakan anak melayu kacukan mat salleh daripada sebelah bapanya.
“Ya aku tahu sangat bila kau nak diet, tentu saja bila kau dah nak berbini dan naik pelamin kan? Kau ni dah mengalahkan orang perempuan, silap haribulan bila nak kahwin nanti barulah kau dok kalut nak diet,” perliku berseloroh.
“Tettt! Salah! Jawapannya adalah TIDAK AKAN sama sekali aku berdiet! Never!” jeritnya membuat aku kaget.
Wah Never? Siap beria-ria jerit dan buat tanda pangkah guna tangan. Amboi sure ke taknak diet?
“Biar betul Alex?”
“Apa kau tak percaya ke? Well kalau kau nak aku diet boleh je. Asalkan kau pun ikut sama join aku diet. Amacam? Ada berani follow aku?” Amboi siap nak follow bagai, apa kau ingat aku ni laman sosial Instargram, Fac atau pun Twitter ke yang kalau nak diet pun kena berjemaah? Mungkin dia suruh aku follow IG agaknya.
Share this novel