BAB 3

Family Completed 18499

“Apa lagi yang kurang pada saya, abang sampai awak sanggup buat saya begini?”

Sayup-sayup kedengaran suara mama penuh sendu. Hanna Naufal bangun pelahan menggosok-gosok mata yang dirasakan terlalu kelat. Dia menjeling jam di dinding, melewati 2 pagi.

“Rissa tak kurang apa-apa, tapi abang ni jea yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang abang miliki.”

Perlahan kedengaran suara papanya menjawap. Dia masih lagi terpinga-pinga, mamai tersentak dari tidor belum hilang lagi. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke anak tangga satu persatu dituruni sehingga tangga terakhir.

“Mama…. papa…kenapa ni?”

Dia bertanya, sedikit hairan.

Serentak Puan Harissa dan encik Nazril berpaling, tak sedar bila masa anak itu tercegat disitu.

“Kenapa sayang? Kenapa tak tidur lagi?”

Puan Harissa bertanya sambil cuba menyembunyikan riak mendung diwajahnya.

“Anak papa kenapa ni?”

Encik Nazril pula menyampuk cuba mengawal perasaan.

Semenjak hari itu, mama selalu termenung, itu yang dia perasan tentang perubahan mama, Papa pula semakin kurang lekat dirumah. Entahla, dia sendiri tak faham apa yang terjadi sebenarnya.

Ah…pergi, pergi, aku taknak ingat apa-apa tentang itu, dia memegang kepalanya, menggeleng-geleng cuba mengusir memori-memori lalu yang sering sahaja bertandang akhir-akhir ini.

Tangannya menggumpal kertas dihadapannya, segalanya tak kena. Lukisannya tak jadi, dia takda mood. Ah nak ke mana aku hari ni? Pulang ke rumah pon tiada siapa2. Bicara hatinya.

Lama dia berfikir, ah. Lapar la pulak, memang patut pon sebab tengahari tadi dia ditahan di bilik kaunseling, apa lagi kena cuci minda, bertalu soalan ditanya oleh kaunselor tapi satu pon tak dijawab, sebabnya dia sendiri takda asa nak jawab. Dia pon tak tahu kerja siapa yang perihatin menyenaraikan namanya untuk dikaunselingkan. Baik hati sungguh, sampai aku pon tak dan nak makan getus hatinya jengkel. Ah lepak McD r. Putusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience