BAB 9

Family Completed 18499

Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari ALLAH dia datang, kepadaNYA dia kembali.

Encik Nazril terjelepok lesu, mendengar ungkapan dari bibir Dr Razaleig, doctor peribadi keluarganya.

Subuh tadi, dia mengetuk pintu bilik Hanna Naufal mengajak sahur, tetapi tiada sahutan. Dan alangkah terkejutnya melihat anak gadisnya kaku dalam sujudnya.Maafkan papa. Pergilah sayang. Papa redha.

Waktu Yang tersisa,

Seolah sudah semakin tiada.

Aku sudah tidak berdaya menanggungnya kini.

Aku inginkan rehat yang abadi.

Aku inginkan lena yang panjang.

Waktu yang tersisa,

walaupun sedikit Cuma.

Syukran Ya ALLAH dengan segalanya.

Aku bahagia kini.

Maafkan aku semua.

terpaksa aku rahsiakan hal ini.

Aku tak mahu mengundang risau dalam diri kalian.

Maafkan aku semua.

Izinkan aku pergi dengan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience