BAB 2

Family Completed 18499

“Sayanggg…watch ur step!”

Tapi bukk!! Dia dah tersembam jatuh. Adeyyyss mama. Huarrrggg sakittt.

Lagak anak kecil dia menangis, padahal sakitnya tak seberapa. Nakkan perhatian lah tu. Hehe. Puan Harissa sudah meluru pada anak gadisnya, cengeng walaupun usia sudah menginjak 19 tahun.

“Tulah lain kali hati-hati, ni tak main terjah jea, awak ingat awak tu baby lagi ke sayang?”

Leter wanita itu.

Hanna Naufal sudah buat muka masam macam tertelan sekilo asam jawa jea.

“Dah mari masuk dalam sapu ubat kat luka tu…laaa… cepatlah bangun luka sikit jea kan, takkan nak suruh mama dukungkan kot, tak larat mama.”

Melihat anaknya yang masih tak berganjak lagi membuatkan akal fikiran nakalnya mula merencana idea.

“Ok kalau sayang betul2 tak larat, tunggu sini sekejap, mama nak pinjam kete sorong Pak Mail nak buat angkat sayang.”

Mendengar sahaja kata-kata mamanya bingkas Hanna Naufal bangun.

“Mama ni, orang nak manja-manja sikit pon tak dapat.”

“Haa…tau pon taknak.”

Kekekeke tau takut. Ketawa Puan Harissa dalam hati. Anak bertuah tu lah dia. Dia menggeleng kecil bila seringkali teringat perangai nakal anak yang satu ini.

Hari ini seperti hari yang lalu, rumah agam ini tak pernah sunyi dari gelak tawa gurau senda ahlinya. Hanna Naufal paling suka mengusik isteri Pak Mael merangkap tukang masak rumahnya yang kuat melatah. Dia anak tunggal, kasih sayang semuanya tertumpah padanya. Tapi dia tak pernah melatah dengan apa yang dimiliki. Dirumah agam ini dia menghabiskan waktu, mengenal dunia.

Mamanya seorang suri rumah walaupun punya ijazah dalam Perakaunan. Kata mama dia tidak meminati bidang itu, mengambil course itu sebagai pelengkap syarat sahaja sebab kehendak arwah datuk dan neneknya. Sebabnya lagi mama lebih meminati seni lukis, kerana lukisan itu tiada hadnya. Tulah yang mama yang bagitahu padanya. Tapi dia memang pun suka mama di rumah. Ada mama seolah dunianya sentiasa terisi dihiasi kuntum-kuntum bahagia. Mama lebih suka meneruskan minatnya melukis di studio yang papa buatkan khas dirumah mereka.

“Mama….oh mama….”

Hanna Naufal mencari mamanya bila kelibat wanita itu hilang daripada pandangan matanya.

“Mama disini sayang.”

Terdengar sayup2 suara wanita itu, taulah dia yang mamanya didalam studionya. Lantas langkah kakinya diatur ke situ, masuk tanpa mengetuk pintu, tubuh mama yang sedang mengadap lukisannya diterpa, dirangkul erat lehernya, kucupan manja di hadiahkan ke pipi wanita kesayangannya.

“I love u mama….”

Ikhlas ucapan dari hatinya.

“Love u too sayang.”

Ah indahnya memori. Hanna Naufal mengeluh berat. Kenapa mesti kenangan indah itu hadir seketika sahaja? Ya ALLAH apakah dosaku sehingga kau duga aku sebegini, aku tak kuat menanggung ujianMu ini ya ALLAH. Ampuni aku ya ALLAH, ampuni mamaku jua ya ALLAH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience