BAB 4

Family Completed 18499

Badannya panas membahang, entah kenapa lewat ini seolah dia punya antibodi yang lemah, demamnya semakin kerap. Sebulan kadang-kadang sampai 2,3 kali demam, kalau dah demam susah pula nak sembuh dan hari ni dia demam lagi, tapi digagahi juga dirinya menghadiri kuliah, sudah banyak kali dia tuang kelas, dia kena juga jaga attendannya tak mahu jadi mangsa bar oleh pensyarahnya nanti.

“Hanna Naufal, saya nak tengok assignment yang saya bagi semalam.”

Miss Tassy aka Natasya Leman sudah berdiri di sisi tempat duduknya. Bila masa wanita itu datang ketempatnya pun dia tak perasan. Dia tersentak, sungguh dia lupa siapkan assignment wanita itu. Haduiiii mampus aku.

“Err so sorry miss tassy sy lupa buat assigmnt tu dengan kata lain saya tak siap.”

Terus terang jawapannya.

Kelas yang tadi bising kini sunyi, siapa yang tak kenal Miss Tassy, dia amat pantang kalau studentnya tak siap kerjanya. Ahh…hati kecilnya mula berkata-kata. Alah paling teruk pon kau kena berdiri kat depan tiang bendera pastu nyanyi lagu Negaraku, masalahnya laratkah aku berdiri dalam keadaan begini?

“Di sebabkan ni baru 1st time awak tak siapkan kerja saya, saya nak awak berdiri kan hujung pintu tu sampai habis waktu kelas saya.”

Urggg……nasib badan.

Satu jam berlalu, badannya sudah mula berpeluh kakinya sudah mula menggeletar, tapi tetap cuba dia bertahan, seboleh mungkin dia tak mahu sesiapa sedar keadaan dirinya.

1 jam 15 minit… masih lagi bertahan.

1jam 20 minit pandangan dah berpinar.

1 jam 35 minit kejap lagi Hanna, bertahan.

1 jam 40 jari jemarinya mula menggeletar memicit dahinya. Suara Miss Tassy sudah sayup2 dan…. bukkkk!! Tubuhnya menghempas longlai ke lantai, pandangan gelap, dunianya sunyi.

Miss Tassy serba salah, tak sangka pula yang Hanna Naufal kurang sihat, dia terasa bertanggungjawab dengan situasi ini.

Tersedar dirinya berada di bilik rawatan di klinik yang terdapat di Universitinya. Dahinya berplaster, mungkin akibat terhentak dan terhantuk sesuatu. Terdengar suara orang bercakap-cakap tapi dia tak tahu siapa. Dia bangun perlahan, tiub yang tersalur ditangannya di sentapnya. Dan dia berlalu. Tak ingin berlama di situ, tapi hanya beberapa langkah sebelum gerak lakunya disedari oleh seorang jururawat disitu. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, berkali-kali menyatakan dia sudah ok, tapi tiada siapa yang mengendahkan. Akhirnya tubuhnya disuntik sesuatu, dan rontaannya melemah, matanya makin memberat dan akhirnya tertutup sepenuhnya.

Keputusan blood test yang diperolehi tadi membuatkan dia rasa seolah langit runtuh menghempap kepalanya. Dia sendiri tidak menduga seserious itu penyakitnya.

Mengapa mesti aku Ya ALLAH, mengapa diri ini tak pernah putus-putus Kau duga dan uji, Ya ALLAH berilah aku kekuatan dan ketabahan. Aku mohon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience