BAB 1

Family Completed 18499

Perlahan langkah kakinya di atur satu persatu, wajahnya seperti biasa tiada beriak seolah jiwa kosong tanpa perasaan. Hanna Naufal dia insan misteri tersangat misteri. Bicaranya terlalu mahal untuk didengar, bicaranya bila hanya perlu, bicaranya terus tanpa berkias, senyumnya juga jarang-jarang terukir. Gadis itu hanya akan kelihatan sedikit ceria bila tangannya mula memegang berus lukisan, mencalitkan warna pada kanvasnya. Dia kurang ramai kawan atau dengan kata lain hampir tiada kawan. Bukan tiada yang ingin mendekatinya tapi hakikatnya dia yang menghindari mereka. Dia tak mahu mereka tahu siapa dia sebenarnya, dia dah cukup selesanya dengan dunianya kini bertemankan laptop sebagai tempat meluah rasa, bersahabat radio nur-islam sebagai pakar motivasinya, berkawankan mp4 sebagai pemecah sepinya.

Sudah!! dia tak mahu apa2 lagi. Cuma, dia terlalu ingin, bahkan terlalu mengharap masa lalunya dikembalikan, sebab dia terlalu rindu gelak tawa dan bahagia yang sentiasa menjadi miliknya. Hanna Naufal melepaskan keluhan. Dia bosan apabila otaknya mula memutarkan memori lalu, dia benci, dia sakit sangat tersiksa. Dibawah pokok besar inilah dia selalu menghabiskan waktu, terkadang membaca, terkadang melukis, terkadang menulis, begitulah mengikut rentak kemahuan moodnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience