BAB 5

Family Completed 18499

Hari itu, mereka merancang hendak berkelah di Port Dickson. Pada mulanya papanya setuju untuk turut serta, tetapi paginya tiba-tiba papa dapat emergency call, kata mama panggilan dari client syarikat papa. Akhirnya mereka meneruskan perjalanan tanpa papa.

Pak Mael memandu tenang sambil Mak Chah becok bercerita itu dan ini. Sesekali bersulam gelak tawa. Tiba di satu persimpangan, takdir tuhan, sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan akibat tayarnya pecah dan akhirnya menghentam kenderaan mereka. Segalanya terlalu pantas, Hanna Naufal kehilangan mereka sekelip mata, dan dia sendiri cedera parah, kehilangan banyak darah.

‘Cik Hanna Naufal Binti Nazril. Saya harap awak tabah dengan keputusan ujian ini, hasil dari pemeriksaan pada darah awak tempoh hari, setelah berkali-kali kami teliti, pihak kami dapati awak menghidap HIV positif.’

Kata-kata doktor separuh umur itu menghancurlumatkan hati dan jiwanya. Dia tak nampak apa-apa jalan yang terbentang di hadapannya kini, kecuali kelam, gelap tak bercahaya, seolah dia dijatuhi hukuman mati mandatori bawah akta dadah 39b pon ada juga.

HIV atau nama panjangnya Human Immunodificiency Virus. Penyakit ini menyerang dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi menghalang penyakit dan virus ni secara tak langsung merosakkan sistem pertahanan badan. Itu yang Hanna tahu secara generalnya tentang penyakit ini. Paling lama pesakit akan bertahan mungkin 10 tahun mungkin 15 tahun bergantung kepada keadaan penghidapnya.

Langkah kakinya di atur ke pusara Puan Harissa, inilah yang sering dilakukan jika dalam gundah.

“Assalamualaikum wbt mama. Hanna ada berita untuk mama. Tadi doktor sahkan Hanna menghidap HIV positive, mungkin sebab hasil pindah darah waktu Hanna kemalangan dulu, jadi maknanya tak lama lagi mungkin Hanna akan temankan mama, dan kita akan bersatu kembali.”

Bicaranya perlahan pada pusara bisu itu. Dia tersenyum pahit, belajarlah terima takdir. Ingatan terputar pada satu hadis Rasulullah yang berbunyi, “tiada ALLAH turunkan kepada seseorang itu dugaan sebagainya melainkan untuk menghapuskan dosanya laksana pohon kayu menggugurkan daunnya. (H.R. Muslim)

Astaghfirullahalazim. Hanna meraup wajahnya, aku sepatutnya bersyukur dengan dugaanMU. Maafkan aku ya ALLAH.

Malam itu dihabiskan dengan mengabdikan diri pada Sang Pencipta, mencari kembali semangat yang telah hilang, mengutip kembali serpihan-serpihan dirinya yang pernah berkecai lama dulu. Berkali-kali diletakkan kembali nilai rasional dalam hidupnya. Mencuba dan mencuba dan akhirnya dia temui. Ah…esok akan tetap menjadi milikku. Aku nak jadi kuat macam arwah mama, yang sentiasa tersenyum walaupun dalam luka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience