BAB 8

Family Completed 18499

Sudah 15 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa, hari ni 15 ramadhan, jika hampir 4 tahun dulu, waktu-waktu begini mama mesti sudah sibuk mencuci pinggan mangkuk dalam almari, menukar langsir, membuat kek lapis kegemarannya yang kadang-kadang tak sempat raya sudah dihabiskan, tapi kini tiada lagi itu semua.

Dirasakan waktunya seolah semakin hampir. Kerinduan pada mamanya juga semakin menyala-nyala lewat ini. Sungguh hidupnya kini lebih terisi, punya kawan walaupun tak ramai, miss tassy yang mengambil berat, papa, mummy dan adiknya Daniela Isma yang semakin mesra. Semuanya mungkin sebab perubahan yang dia lakukan selepas hampir 3 tahun menjadi makhluk tak berperasaan.

Tangannya mencapai diari merah darah miliknya. Pantas laju jari-jemarinya menari mencoret bait-bait perjalan hidupnya.

Ketukan di pintu mematikan kerjanya.

“Masuk.”

Dia memberi arahan.

Kelihatan Encik Nazril melangkah masuk.

“Anak papa tak tidur lagi?”

“Belum lagi pa, belum mengantuk, ada apa-apa ke papa?”

Dia bertanya.

“Nothing cuma, tiba-tiba papa teringin nak say good night macam dulu-dulu pada hanna.”

Lelaki separuh umur itu menghampirinya menghadiahkan kucupan di ubun-ubunnya.

“Good night sayang, mimpi yang indah-indah.”

Hanna Naufal menggetap bibir terasa seperti kembali waktu dulu. Waktu yang terlalu dirindui.

“Good night papa, i love u….”

Tangan itu diraih dan dikucup lembut…

“Love u too sayang.”

“Papa.”

Dia memanggil lelaki yang hampir melepasi pintu biliknya.

“Subuh nanti kalau Hanna tak turun sahur, tolong gerakkan Hanna tau.”

“Ok sayang.”

Encik Nazril mengiyakan walaupun terbit sedikit hairan.

Hanna Naufal bangun, niatnya ingin menunaikan solat Isyak, dan solat sunat Taubat. Itulah yang sering dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience