BAB 6

Family Completed 18499

“Assalamualaikum wbt. Selamat pagi Miss.”

“Waalaikumussalam wbt, selamat pag….”

Tersentak Natasya melihat Hanna Naufal berdiri di belakangnya sambil menghadiahkan senyuman manis. Pelik!! Biasanya budak ni muka kayu jea tapi kenapa hari ni ramah semacam? Dia ada niat lain ke? Berpura-pura baik. Jangan-jangan nak balas dendam kat aku sebab buat dia pengsan hari tu. Natasya menelan liur dengan sangkaan sendiri.

“Saya nak pulangkan sapu tangan miss dan nak say thanks sebab bawa saya pegi klinik hari tu.”

Sapu tangan warna pink dihulurkan kearahnya. Lama matanya jatuh pada sapu tangan itu… ya memang miliknya, digunakan waktu menahan darah yang mengalir pada dahi Hanna Naufal hari itu. Perlahan dia mencapai sapu tangan yang telah dicuci bersih, matanya masih tak lari dari memandang wajah Hanna Naufal.

“Saya mintak diri dulu miss… thanks again.”

Hanna Naufal berlalu dengan senyum manis yang masih bergayut dibibir.

“Aku mimpi ke ni? Peliknya budak tu, buang tebiat apa?”

Masih terpinga-pinga.

Jari-jemarinya laju mendail nombor telefon Encik Nazril, terdengar deringan seketika, dan panggilan di angkat.

“Hello papa assalamualaikum wbt, Hanna ni, hari ni Hanna nak balik rumah papa, dah lama tak jumpa dengan mummy.”

Tak sempat Encik Nazril mencelah talian dah diputuskan menyebabkan dia seolah diawang-awangan. Sungguh semenjak kemalangan itu dia jarang punya masa untuk anak gadisnya itu, apatah lagi isteri mudanya melahirkan anak kecil pada hari yang sama waktu kemalangan itu.

Emergency call dari client hanyalah alasan semata-mata pada hari itu. Hakikatnya, panggilan dari isteri muda yang menyatakan mahu bersalin ketika itu. Sememang dia gembira, tapi kelahiran anak dengan isteri mudanya seolah berganti nyawa dengan arwah isteri tuanya. Sedih dalam gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience