BAB 3

Romance Completed 617

Badarsila menasihati Raja Mustapha bukan sahaja mengenai hal ewal kerajaaan tetapi juga kadangkala melibatkan hal peribadi. Apa yang Raja Mustapha perlu elakkan daripada menyentuhnya juga Badarsila ambil tahu. Raja Mustapha yang alah pada kacang dijaga dnegan baik pemakanannya.

Sewaktu berada di sebuah jamuan, biskut yang Raja Mustapha sentuh terus diambil dan dirasanya dahulu. Raja Mustapha menjongketkan keningnya.

“Patik mahu memastikan tiada kacang di dalam biskut ini, tuanku” Badarsila meletak semula biskut butter tersebut.

“Ada ke?” soal Raja Mustapha . Badarsila menggeleng. Terus biskut yang digigit oleh Badarsila tadi masuk ke dalam mulutnya dengan selamba. Badarsila terkejut.

“Sisa patik tu tuanku”

“jadi?”

“jadi apa?” Badarsila bagai bermain teka teki dengan Raja Mustapha . Sudahlah Raja Mustapha rimas kerana asyik berpatik beta dihadapan kerabat di raja yang lain. Puteri Nilam menghampiri dan dengan segera Raja Mustapha berbisik ke telinga Badarsila .

‘Yang ni awak tengok ada kacang tak?” usik Raja Mustapha .

“Tuanku!!” jeling Badarsila . Sengaja mencari marahnya. Sebaik sahaja Puteri Nilam tiba di hadapannya, Raja Mustapha menghadiahkan senyuman yang manis. Badarsila menyampah pula melihatnya. Sengaja dilemparkan pandangannya jauh – jauh.

“Wah... cantik sungguh Puteri Nilam” mata Raja Mustapha sempat mengerling wajah Badarsila . Dia sengih.

“iya...?’ Puteri Nilam membelek baju yang di jahit daripada sutera yang mahal. Badarsila rasa macam mahu mencebik dengan cebikan paling dasyat di hadapan Puteri NIlam. Puteri Nilam dengan Puteri Hanani sama sahaja gatalnya. Pantang nampak Raja Mustapha , asyik nak menyendeng sahaja.

Badarsila cuba berganjak tetapi tangannya dipegang dengan kuat oleh Raja Mustapha biarpun tanpa memandangnya. Apabila Badarsila berhenti tanpa bergerak lagi , tangan raja Mustapha terlerai. Dia meneruskan perbualannya dengan Puteri Nilam cuma sekali sekala sahaja dia memandang Badarsila dengan ekor matanya.

Kalau aku kerja di sini lebih lama bukannya aku gila.... macam dah nak koma pun ada dengan sikap Raja Mustapha ni. Bermain tarik tali dengannya membuatkan aku bagai terjerat Arghhhhhhhhhhhhhhhh....... tuanku!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience