BAB 8

Romance Completed 617

Selepas majlis perkahwinan besar – besaran di adakan di dewan di raja tidak jauh daripada istana, mereka semua pulang dan Raja Mustapha masuk ke dalam kamarnya untuk beradu. Dia mencari – cari permaisuri Badarsila tetapi tiada di dalam kamar. Telefon bimbitnya berbunyi..

“Sayang.... turun taman!!”

Raja Mustapha menyelinap keluar melalui pintu belakang terus ke taman. Dia gelak besar. Permaisuri Badarsila sudah menunggunya di tepi air pancut di mana dia pernah masuk ke dalamnya suatu ketika dulu.

“jom...” Raja Mustapha berlari dan terus mencempung permaisurinya itu. Tubuh Permaisuri Badarsila dimasukkan terus ke dalam air pancut itu. terjerit – jerit cinta hatinya itu dibuatnya.

“kejap.. sayang dah habis baca buku ciipan tu?’ soal raja Mustapha .

“buku dah hilanglah sayang...” gelak permaisuri Badarsila . Sejujurnya dia tidak pernah membacanya pun!.

“Sejuk?” soal Raja Mustapha . Badarsila mengangguk. Raja Mustapha mendukung permaisurinya itu keluar dan terus membawanya masuk ke dalam istana. Terkekeh – kekeh tukang masak istana melihat raja dan permaisuri mereka yang basah lencun.

Permaisuri Rania yang sedang menghirup kopi panas melihat gelagat anak menantunya itu dengan tawa panjang dari kamarnya di tingkat atas. Pintu biliknya ditutup. Semoga berbahagia dengan insan yang sangat mencintaimu.... puteraku, Raja Mustapha !.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience