BAB 4

Romance Completed 617

Keesokan harinya Badarsila terpaksa melarang Raja Mustapha daripada terus bermain hoki. Bertaut kening Raja Mustapha . Stoking sukan panjang hingga melepasi paras lutut disarungnya. Badarsila menahan tangan Raja Mustapha .

“jangan... nanti tuanku sakit”

“Awak ubatkan”

“Tuanku!!!!”

Raja Mustapha senyum dan berdiri memandang Badarsila .

“jangan menjerit pada saya..... itu saya tak suka” jari Raja Mustapha tepat mengenai batang hidung Badarsila . Payah betul nak nasihatkan orang degil macam Raja Mustapha . Badarsila memintas Raja Mustapha yang dengan selesa menghayun kayu hokinya kiri dan kanan.

“Jangan!” kayu hoki Raja Mustapha dipegang dengan kuat. Dato Jalani yang bekerja sebagai setiausaha diraja tersenyum lebar sambil membawa beberapa dokumen untuk Raja Mustapha teliti.

“Ni apa masalahnya ni?” Raja Mustapha mendekatkan matanya ke mata Badarsila . Mereka berpandangan mata. Tepat dan mendebarkan. Badarsila tidak mahu mengalah. Dibesarkan matanya sebesar yang boleh.

“Macam mata ikan uji Rashid” sengih Raja Mustapha .

“Tuanku tahu tak.. jaga budak umur setahun tu lagi senang daripada jaga seorang putera raja yang degil keras kepala macam tuanku ni” dada Badarsila berombak. Dato Jalani cepat – cepat beredar.

“Tak nak jaga saya... ok. Nak saya pecat atau awak resign sendiri?”

“Tuanku boleh hidup ke tanpa saya?” Badarsila semakin berani. Kayu hoki terus dirampasnya. Beberapa orang pekerja istana menoleh. Sudah lali dengan pergaduhan dua insan ini. Raja Mustapha senyum sinis. Ringan tangannya merangkul pinggang Badarsila . Dia berbisik lembut.

“You yang tak boleh hidup tanpa i sayang”

Terus Raja Mustapha melepaskan rangkulan itu dan beredar pergi.

“Tuanku ni memanggggggg memanggggggggg”

“memang apa Badarsila ?” suara Permaisuri Rania membantutkan kemarahannya. Terus Badarsila menoleh . dia berdehem beberapa kali dan menoleh memandang Raja Mustapha yang sudah pun menaiki keretanya pergi.

“memang apa Badarsila ?” permaisuri Rania mendekati.

“memang pandai jaga hati rakyat!” spontan tutur katanya. Tak kisahlah.. janji selamat. Setelah Permaisuri Rania pergi, Badarsila terpaksa memandu sendiri ke stadium hoki tidak jauh daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience