BAB 6

Romance Completed 617

Setiap kali Raja Mustapha cuba berterus terang pasti Badarsila akan mengelak sehinggakan Raja Mustapha fikir yang Badarsila tiada langsung menyimpan perasaan cinta buatnya. Ianya lebih meyakinkan apabila Badarsila menjawab dengan tenang siapa yang layak menjadi permaisuri buat Raja Mustapha . Puteri Hanani !. Raja Mustapha menentang mata Badarsila dan terjatuh pandangan Badarsila saat itu. wahai Rajaku... sesungguhnya mencintaimu adalah satu anugerah tetapi untuk berada di sampingmu hanyalah seperti menganggap hikayat dongeng itu akan terjadi padaku........ Badarsila memejam matanya buat seketika dan terus keluar daripada bilik permaisuri Rania dan Raja Mustapha cuma melemparkan pandangannya jauh ke luar.


Permaisuri Rania tidak terus mengadakan majlis pertunangan. Dia cuma menjemput semua tetamu khas untuk sebuah majlis makan malam. Di situ nanti dia ingin melihat sendiri keserasian puteranya dengan Puteri Hanani .

Puteri Hanani yang sememangnya anak raja yang manja itu tidak mahu melepaskan Raja Mustapha jauh daripadanya walaupun seketika. Badarsila diperintahkan agar menjauhi Raja Mustapha buat masa itu.

Badarsila memejam matanya selama yang boleh. Dato Jalani memandang sayu wajah Badarsila yang terpaksa menyaksikan segalanya. Tangan Puteri Hanani yang melekat dari tadi ditelapak tangan Raja Mustapha membuatkan hatinya bagai disiat dengan belati paling tajam. Dia cuba berundur selangkah ke belakang.

Raja Mustapha yang bersalaman dengan beberapa orang yang hampir dengannya meringankan lagi tapak kaki Badarsila supaya beredar daripada situ. Setelah menyerahkan telefon milik Raja Mustapha ke tangan Dato Jalani , Badarsila mula menjauhi. Raja Mustapha mempercepatkan langkahnya. Lengan Badarsila dipegang. Kakinya terkaku di situ. Semua mata menyaksikan situasi itu dengan perasaan terkejut. Badarsila tidak mampu menoleh. Sangat tidak berdaya. Aku tak mampu rajaku...... dia berhak disisimu bukanlah aku yang hanya bagai sezarah kuman di lautan yang luas. Lepaskan tanganku wahai rajaku....

“Tuanku” Badarsila gagahkan juga memberi tunduk hormat buat Raja Mustapha yang sudah pun terlalu hampir dengannya. Tinggal hanya beberapa inci sahaja jaraknya. Tangan Puteri Hanani dilepaskan.

“Sakit kan...sakit sangat hati ini bila awak menjauhi saya hanya kedudukan saya. Sedangkan cinta itu masih awak simpan dan tidak mahu mengembalikannya pada saya...” bisik Raja Mustapha

“baik tuanku” Badarsila cuba menjadi pelakon yang hebat pada waktu itu.

“hentikan Badarsila .... jawab sekarang, awak rela saya berkahwin dengan puteri ni?’ bisikan itu semakin dekat di telinga Badarsila .

“Puteri Hanani dan Tuanku sangat padan” Badarsila mengintai Puteri Hanani yang agak terharu dengan kata – kata penasihat Raja Mustapha itu. Bagai dihempas kaca hati Raja Mustapha dibuatnya. Luka dan pedih.

“ini keputusan awak ...... awak, Badarsila ” Raja Mustapha terus meninggalkan Badarsila yang tunduk memandang lantai. Setitis air matanya sudah pun jatuh mengenai kasut hitamnya. Dato Jalani melepaskan keluhannya. Badarsila perlu kuat kalau dia mahu bersama tuanku..... bisik hati Dato Jalani .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience