BAB 7

Romance Completed 617

Badarsila dipanggil masuk ke dalam pejabat Raja Mustapha .

“Awak akan ditukarkan ke bahagian lain dan awak berhak memilihnya. Isikan borang ini. Badarsila ... teriima kasih kerana menjaga saya dengan baik selama ini. tidak lama lagi saya akan mempunyai seorang permaisuri dan tidak elok rasanya untuk saya sering berdampingan dengan awak. Bonda telah mengarahkan orang lain untuk menggantikan awak. Terima kasih. Pihak istana sangat berterima kasih. Awak juga dibenarkan duduk di rumah yang awak duduk sekarang” Raja Mustapha senyum kelat. Setelah menyerahkan borang ke tangan Badarsila , dia terus bangkit dan menuju ke tingkap. Memandang taman istana yang semakin cantik landskapnya.

Badarsila mengoyakkan borang itu di hadapan Raja Mustapha . Dengan tangisan, semuanya mula terluah..

‘Tuanku tak dapat rasa apa yang saya rasakan. Tuanku punya sebuah kerajaan besar dan saya hanya seorang penasihat yang hanya menempel di sisi tuanku. Jadi tuanku rasa saya seronok dan gembira bila tangan Puteri Hanani itu terlekat terus di telapak tangan tuanku?. Tahu tak tuanku betapa sakitnya hati ini.... sakit itu tak tertanggung tuanku...sangat sakit!!!!. Kini, tuanku buang saya setelah tuanku ikat hati saya di dalam istana ini” Badarsila terjelepok ke lantai. Raja Mustapha menarik nafas dalam – dalam.

“kalau begitu kenapa awak sarankan pada bonda, Puteri Hanani adalah calon terbaik buat saya?. Saya tak pernah memberikan rasa sakit itu buat awak, Badarsila ... tetapi awak yang menempahnya sehinggakan saya terfikir yang saya ini tidak ada sebarang nilai cinta untuk membuatkan awak berusaha mendapatkan saya. Jujur.... saat mendengar dengan telinga saya sendiri awak mengatakan nama Hanani sebagai permaisuri kerajaan ini... hati ini terlebih dahulu hancur dan kini bila sampai ketikanya awak pula seperti mahu merentapnya kembali. Sekarang awak jawab... siapa lebih sakit. Saya sakit kerana mencintai wanita bernama Badarsila yang tidak pernah berusaha untuk bersama – sama menentang segalanya demi kebahagian kita... kebahagian kita!!!” Raja Mustapha menggoncang bahu Badarsila yang tersedu sedan menangis di pejabatnya.

“Jangan halang saya daripada terus menjaga tuanku. Jika cinta ini tidak mampu bersatu, memadailah saya di sini sebagai penasihat yang sentiasa mencintai rajanya” Badarsila lemah.

Raja Mustapha mengesat air matanya.

“Awak akan merana..... akan merana sayang. Saat melihat dia menyentuh tangan saya pun awak tak sanggup inikan pula mahu menunggu saya dan dia keluar dari dalam bilik yang sama setiap pagi?” Raja Mustapha memegang kedua belah pipi Badarsila .

“Sekurang – kurangnya rasa sakitnya tidak hebat seperti ketiadaan tuanku menghiasi anak mata saya. Biarlah saya merindu sendiri..... asalkan dapat bersama tuanku. Saya janji takkan porak perandakan rumah tangga tuanku” Badarsila mengangkat tangannya sepeti bersumpah. Raja Mustapha menggenggam tangan Badarsila .

“Sayang..... “

“Ya.... ucapkanlah buat kali terakhir..... pada saya yang menyayangi tuanku seumur hidup saya”

Raja Mustapha berdiri. Tidak mampu dihadap semuanya ini. dia cuma rakyat biasa tetapi cintanya menggegarkan seluruh kerajaan hati Raja Mustapha .

Pintu terbuka. Permaisuri memandang putera dan rakyatnya yang sama – sama sedang mengalirkan air mata.

“Masuk bilik bonda” arah Permaisuri Rania dengan wajah serius.

Badarsila dan Raja Mustapha masuk ke dalam bilik Permaisuri Rania dengan mata yang bengkak.

“Drama???” Permaisuri Rania menjongketkan keningnya. Dia kemudiannya meneruskan kata – katanya.

“Jawab dengan jujur Badarsila ... beta mahu dengar. Siapa wanita yang layak di sisi putera beta?. Bukan kerana harta dan kedudukannya tetapi kerana cinta dan kasih sayangnya. Beta mahu tahu siapa yang layak menjaga putera beta dari siang hingga ke malamnya.... dari jaga hingga lenanya... dari lapar hingga kenyangnya dan dari berduka hingga dia mampu tersenyum gembira. Kamu penasihat dia. Beta mahu tahu sekarang” tegas sekali soalan daripada Permaisuri Rania.

Raja Mustapha hanya membisu di tepi tingkap. Badarsila menangis lagi. Luluh hati Raja Mustapha saat itu tetapi apalah dayanya...soalan itu buat Badarsila dan pantas untuk Badarsila menjawabnya.

“Jika ditanya layak atau tidak patik adalah manusia yang gagal untuk menjawab soalan itu permaisuri. Tetapi jika permaisuri tanya cinta atau tidak patik pada tuanku Raja Mustapha ...” Badarsila menangis lagi, dia memandang Raja Mustapha yang merenungnya tanpa mengalihkan pandang walaupun seketika.

“Ya.. patik mencintai Raja patik sendiri biarpun sepatutnya itu tidak berlaku. Patik mohon ampun kerana mencuri sedikit rasa cinta daripada putera tuanku. Dia putera tuanku... raja kerajaan ini tetapi dia juga raja kerajaan hati yang menaungi cinta patik. Patik cintakan dia tuanku.... sangat... sa....” Badarsila tidak dapat mengawal kesedihannya. Dia tahu walau apapun alasannya, Raja Mustapha tetap tidak akan menjadi miliknya.

Badarsila melutut di hadapan Permaisuri Rania.

“Patik pohon,..... janganlah dijauhkan patik daripada terus menatap wajah raja patik. Kasihanilah patik tuanku. Kasihanilah patik. .. tidak terdaya kaki ini untuk melangkah keluar dari istana ini. bagaimana patik mahu pergi jika cinta patik terikat kuat di sini. Patik tetap gembira biarpun hanya melihat bekas tapak kakinya”

“Sayang,...” Raja Mustapha terduduk di katil bondanya. Air mata yang mengalir tidak malu untuk dibiarkan keluar.

Permaisuri Rania menarik nafas dalam – dalam.

“kenapa pula beta nak buang kamu?” soalan Permaisuri Rania membuatkan hati Badarsila lega.

“Badarsila ... kamu lupa yang beta dulu pun cuma rakyat biasa?. Sejak pertama kali beta nampak pandangan mata kamu berdua, beta sudah agak perkara ini. manusia bodoh mana yang sanggup mandi dalam air pancut kalau bukan kerana cinta?. Manusia gila mana yang sanggup melutut begini pada permaisuri semata – mata mahu melihat tapak kaki rajanya kalau tak kerana cinta. Ya... cinta kamu gila.... segila cinta putera beta pada kamu” permaisuri menjeling wajah Raja Mustapha yang turut sama merah akibat banyak menangis.

“Puteri Hanani memang akan bertunang tetapi bukan dengan Raja Mustapha . Dia akan bertunang dengan sepupu Raja Mustapha ” Permaisuri rania bangkit dan memeluk bakal menantunya.

Kali ini tangisan Badarsila lebih kuat berbanding tadi. Raja Mustapha terpasa menenangkan bakal permaisurinya itu. tangan Badarsila digenggam.

“Sayang.... saya tak mahu tunggu lama....saya mahu awak jadi milik saya secepat yang boleh” Raja Mustapha memandang Badarsila .

“Titah dijunjung tuanku...” mereka bertiga ketawa. Permaisuri rania menggeleng kepala. Cinta itu bukannya sukar sangat tetapi insan yang bercinta itu sendiri yang menyukarkan perjalanan itu. Raja Mustapha pula banyak bermain tarik tali hingga membuatkan Badarsila tidak yakin akan cintanya. Badarsila pula terlalu menafikan dan berasa rendah diri. Raja Mustapha memeluk Permaisuri Rania.

“Terima kasih bonda..... kerana memahami siapa dia di hati puteramu ni...”

Permaisuri Rania tersenyum puas. Itulah bakal permaisuri kerajaannya. Permaisuri pilihan hati rajanya sendiri walaupun sukar tetapi akhirannya tetap bahagia. Apa sahaja demi raja Mustapha .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience