BAB 5

Romance Completed 617

Sampai sahaja dia di sana, Raja Mustapha sudah pun beraksi sebagai penyerang. Badarsila sedikit kagum. Memang raja Mustapha hebat sewaktu di kolej luar negara dahulu tetapi kecederaan kakinya itu sedikit bahaya untuk dia terus bermain hoki. Kalau kayu hoki itu terlibas dengan kuat ke kakinya... Badarsila pasti Raja Mustapha akan menerima sakit yang amat sangat.

Telahan Badarsila hampir benar. Mujur Raja Mustapha sempat mengelak dan jatuh tergolek di padang. Rakan – rakan Raja Mustapha membantunya untuk berehat di tepi gelanggang.

Penutup botol air mineral dibuka dan air mineral diteguk perlahan. Kerutan di wajah Raja Mustapha meyakinkan Badarsila yang rajanya itu sedang dalam kesakitan biarpun tidak parah. Satu pukulan kecil hinggap ke kaki Raja Mustapha .

“ish... apa ni” Raja Mustapha sedikit terkejut.

“nampak! Tuanku ni tak faham nasihat saya tadi kan. Sekarang dah kena baru nak rasa. Kenapa tak pergi main lagi?,. pergi main...” tangan Raja Mustapha ditarik. Semua memandang mereka berdua.

“Tak mahulah” Raja Mustapha menarik kembali tangannya. Badarsila menarik pula lagi dan berlaku adegan tarik menarik di situ.

“Badarsila !” marah Raja Mustapha .

“marah... itu sahajalah tuanku boleh buat. Mentang – mentang kerajaan ni tuanku punya... Badarsila .... pergi sana.. Badarsila jangan pergi sini” Badarsila mengenyeh. Dia mengajuk dengan bibir yang mencebik geram. Raja Mustapha senyum sedikit.

“Apa senyum?” soal Badarsila .

“Tuanku tahu tak.. kalau tuanku sakit bukan tuanku sahaja yang susah. Permaisuri susah, semua orang susah... saya...., saya........” Badarsila berdiri semula.

“Pun susah.. risau...?” Raja Mustapha menyambung ayat Badarsila yang terputus tadi. Badarsila merenung Raja Mustapha . Pandangannya itu tidak dipedulikan langsung. Raja Mustapha terus mahu ke padang. Badarsila geram. Ah! Lantak.. kau nak tergolek ke apa.. kau punya pasal!. Badarsila terus keluar daripada situ.

“Tuanku... nak sambung tak?” soal salah seorang daripada mereka. Raja Mustapha menoleh ke belakang. Tiada kelibat Badarsila di situ.

“Tak apalah... aku nak balik” senyum Raja Mustapha dan terus beredar. Dia melihat Badarsila terkial – kial mencari kuci keretanya. Raja Mustapha terus mencuit bahu Badarsila .

“Balik dengan saya” arah Raja Mustapha .

“tak mahu”

“Jomlah...” suara Raja Mustapha sedikit lembut.

“Tak mahu” jeling Badarsila .

“Badarsila ... ini perintah!” Raja Mustapha mula menggunakan kuasanya. Apa yang boleh Badarsila katakan lagi?. Seluruh kerajaan ini adalah miliknya jadi Badarsila hanya ada satu pilihan sahaja iaitu patuh!. Di dalam kereta Badarsila banyak membisu. Memandang Raja Mustapha pun dia tak mahu.

“Sayang...” panggil Raja Mustapha .

Badarsila tergamam tetapi jelingannya tetap meliar.

“Sayang....”

“Tuanku jangan nak main – mainkan saya. Sayang segala.... tapi tak ada maksud. Tak baik mainkan perasaan saya biarpun saya ni cuma rakyat biasa” bebel Badarsila .

“Sayang....”

“Tuanku.....janganlah!” marah Badarsila .

“Sayang....” makin galak Raja Mustapha mengusik. Setibanya sahaja di hadapan rumah Badarsila yang disediakan oleh pihak istana, dia keluar dengan wajah yang muram.

“Badarsila .... “ panggil Raja Mustapha . Badarsila tunduk sedikit. Memandang rajanya.

“Saya benar - benar maksudkannya” senyum Raja Mustapha dan terus memecut laju. Badarsila terkaku di situ. Sehingga hampir setengah jam. Terkejut bercampur gembira. Mengapa gembira? Mahukah permaisuri pada aku?... Badarsila berjalan lemah masuk ke dalam rumahnya,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience