BAB 1

Romance Completed 617

Raja Mustapha yang bakal menjadi pemegang takhta kerajaannya menunggu seseorang di hadapan kamar tidurnya. Malas pula dia mahu ke pejabat. Raja Mustapha memberikan senyuman manis buat penasihat diraja yang bernama Badarsila itu.

‘Tuanku!” penasihat baru yang ditugaskan untuk menjaga Raja Mustapha memberikan tunduk hormat. Raja Mustapha memandang kiri dan kanan.

“Cik penasihat... ala... bukan zaman purba pun. Depan bonda leh panggil tuanku. Belakang bonda panggil saya abang sayang pun ok” Raja Mustapha kenyit mata.

Erk.... Badarsila tergamam. Ceh.. putera segatal ini masih tak punya isteri. Gatal sangat mana nak ada makwe lekat. Raja Mustapha masuk ke dalam kamarnya dan keluar semula.

“Badarsila .. masuk sekejap” senyum Raja Mustapha . Kamar istana yang cuma ada mereka berdua sahaja itu patutkah untuk Badarsila menyerah diri?. Buatnya Raja Mustapha ni ngap! Ha.....

“Masuklah!!!!. Alah... saya tak rogol!”

“Tuanku!!!!” terjerit suara Badarsila mendengarnya. Ingat perkataan rogol tu apa?.

“meh meh..” rambut pacaknya diperkemaskan. Perlahan – lahan Badarsila menapak masuk. Terbeliak mata Badarsila . Sungguh cantik kamar milik Raja Mustapha yang terpamer di ruangan matanya itu. Raja Mustapha tersenyum.

“tu nak berangan jadi permaisuri sayalah tu” sengih Raja Mustapha . Badarsila menjeling.

“Huish.... berani jeling raja sendiri!!” raja Mustapha mengeluarkan sesuatu dari dalam kotak di tepi katilnya. Badarsila menghampiri dan terus Raja Mustapha memandangnya.

“Ke.... awak yang nak rogol saya ni?” berdekah – dekah tawa Raja Mustapha .

“Ishhhh giiilllllllllllllllllll.....” menggigil tangan Badarsila menahan marah.

“Tak apa diampunkan. Meh duduk sini tapi jauh sikit. Nanti kena tangkap basah” masih lagi ketawa.

“Ada ke orang tangkap basah dalam istana?” Badarsila berdiri semula.

“nak ke?. Saya boleh aturkan. Bukan susah sangat pun” Raja Mustapha mengeluarkan sebuah buku buat Badarsila . Buku tebal itu diserahkan dengan senyuman.

“Apa ni?”

“Katak” jawab Raja Mustapha dan di masukkan semula barang – barang lain yang dikeluarkannya tadi.

“baca itu... kalau awak boleh selesaikan masalah tenggiling dengan cipan tu.. saya naikkan gaji awak” Raja Mustapha merenung Badarsila di birai katil.

“Yang mulia permaisuri suruh saya mendampingi tuanku sebab mahu menjadi penasihat pada anakandanya yang selalu buat keputusan salah bukannya suruh saya baca buku cipan”

Raja Mustapha ketawa dan terus keluar daripada biliknya. Meninggalkan Badarsila di dalam biliknya.

‘Tuanku!!!” jerit Badarsila yang berlari mendapatkannya.

“Ye sayang...”

Gulp.....

“kenapa diam, sayang?” soal Raja Mustapha .

“Tak ada apa. Esok saya mula kerja ya?”

Raja Mustapha mengangguk dan pergi meninggalkan Badarsila dengan nyanyian kecilnya. Badarsila memandang Raja Mustapha sehingga rajanya itu hilang daripada pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience